Bengkel: Kelas Bayi Bijak, Kanak-kanak Cemerlang

TAHUKAH ANDA Setiap tangisan bayi memberikan maksud yang berbeza-beza Cara kita berinteraksi dan memberi respon pada tangisan tersebut juga akan membentuk peribadi anak yang berbeza-beza  Kanak-kanak perlu mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu sebelum mereka bercakap Pemilihan permainan dan aktiviti yang sesuai akan memberi kesan kepada perkembangan intelektual anak-anak Kanak-kanak berkembang mengikut peringkat-peringkat tertentu Sertai perbincangan dan penerangan mengenai fakta-fakta tersebut dengan menyertai KELAS BAYI BIJAK yang dianjurkan dengan kerjasama antara saya dan Puan Uswatun Hasanah. Maklumat kelas…

Read More

Strategi Untuk Menggalakkan Perkembangan Bahasa Kanak-kanak – Bahagian 1

Sememangnya ibu bapa inginkan anak mereka petah berbicara, apatah lagi apabila ada orang lain mengatakan “Pandainya dia bercakap” ataupun “Petahnya anak Puan A bercakap”. Setiap kanak-kanak akan belajar setiap perkara baru dengan menggunakan setiap deria yang ada. Begitu juga dengan kemahiran bercakap. Ianya boleh DIASAH bermula ketika kanak-kanak masih bayi lagi. Strategi-strategi yang betul haruslah digunakan untuk menggalakkan perkembangan bahasa mereka. Berikut adalah strategi-strategi yang boleh digunakan. #1 : Bentuk Hubungan Semestinya kita ingin berkomunikasi…

Read More

Perkembangan Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-Kanak: 12 – 24 Bulan

Perkembangan Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-Kanak: 12 – 24 Bulan

Sebelum ini saya pernah menulis artikel berkenaan Perkembangan Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-kanak: 1 – 12 Bulan dimana pada usia tersebut kanak-kanak mula belajar untuk menyesuaikan diri dengan dunia baru mereka. Bagi kanak-kanak berusia 12 -24 bulan pula, kanak-kanak mula untuk meneroka dan mempelajari perkara baru  di persekitaran mereka. Pada usia ini juga kanak-kanak sudah mula berjalan dan aktif bergerak untuk meneroka. Berikut adalah kemahiran-kemahiran yang biasanya kanak-kanak akan perolehi pada usia ini: . 12…

Read More

Anak Anda Lambat Bercakap? – Bahagian 2

Kita sambung semula perbincangan kita tentang Anak Anda Lambat Bercakap? Anda boleh merujuk semula Bahagian 1 (Anak Anda Lambat Bercakap? – Bahagian 1) Tanda-tanda awal masalah BAHASA & PERTUTURAN Setiap ibu bapa mengambil berat mengenai perkembangan bahasa & pertuturan anak-anak. Berikut adalah beberapa tanda awal yang mungkin dan patut di perhatikan oleh ibu bapa. Diantara umur 12 – 24 Bulan, beberapa perkara yang perlu di beri perhatian oleh ibu bapa jika kanak-kanak: Masih belum menggunakan…

Read More

Anak Anda Lambat Bercakap? – Bahagian 1

“Anak saya sudah tiga tahun, tapi masih belum pandai bercakap. Baru boleh menyebut 1, 2 perkataan sahaja. Jika dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya, anak saya jauh berbeza. Kakak dia dahulu pun sudah pandai bercakap dengan ayat yang panjang pada umur sebegini”  – Encik Z. Pernahkah anda mengalami, melihat atau mendengar situasi sebegini. Mungkin ada antara kita yang akan mengatakan, “Tak apa, nanti bercakap la tu, anak En.A pun macam tu juga dulu”, dan ada juga yang…

Read More

Ibu Bapa Yang Manakah Anda?

Sebagai ibu bapa, terlalu banyak peranan yang dimainkan. Adakala menjadi kawan, ada kalanya menjadi polis, menjadi guru, menjadi mekanik yang membaiki kerosakan, chef dan banyak lagi.  Sehinggakan kadang-kadang ibu bapa lupa bahawa peranan yang dimainkan akan memberi kesan kepada peluang anak-anak untuk belajar dengan lebih baik. Setiap apa yang dilakukan akan memberikan perbezaan dalam perkembangan dan pembelajaran anak-anak. Apakah peranan-peranan yang memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak? Peranan #1 : Pembantu (The Helper) Setiap ibu bapa…

Read More

Perkembangan Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-Kanak: 1 – 12 Bulan

Kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza tetapi urutan perkembangan mereka adalah sama contohnya kanak-kanak mesti merangkak dahulu sebelum berjalan. Ada sesetengah berkembang dengan cepat dan ada pula yang sedikit terlewat. Usia 1 -12 bulan merupakan usia untuk mereka meneyesuaikan diri dengan dunia yang baru. Mereka belajar untuk mengenali orang, objek, bunyi dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling mereka. Perkembangan kemahiran mendengar, bertutur, bersosial dan bermain bagi kanak-kanak untuk 1 – 12 bulan secara ringkasnya adalah…

Read More

Pelat: Jenis, Faktor, Impak dan Penilaian Rawatan

ANAK ANDA PELAT? Pernahkah anda dengar seseorang menyebut bunyi pertuturan lain daripada yang sepatutnya?  Contohnya seperti:  /marah à maghah/  /kakak à tatak/  /cawan à wan/  /kerusi à ci/ dan sebagainya Masalah yang disebutkan di atas dikenali sebagai masalah artikulasi atau biasanya dipanggil pelat oleh orang ramai. Ianya adalah suatu keadaan di mana seseorang kanak-kanak itu sukar untuk menyebut sesuatu bunyi perkataan dengan betul selepas umur tertentu. Terdapat banyak jenis kesalahan artikulasi dan terdapat juga banyak…

Read More

Pre-Verbal Games

PERMAINAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PRA-PERTUTURAN Dari artikel saya sebelum ini mengenai kemahiran pra-pertuturan, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana jika jbu bapa ingin mengajar atau meningkatkan kemahiran tersebut pada anak-anak mereka. Oleh itu di sini saya memberikan beberapa idea permianan dan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa di rumah. PERHATIAN: Untuk setiap aktiviti dan permainan di bawah, sertakan sekali dengan bunyi-bunyi yang berkaitan. Jangan lupa untuk bercakap dan bercerita tentang apa yang anda lakukan. Ia adalah…

Read More

Pre-Verbal Communication

SEBELUM PERKATAAN PERTAMA  Kemahiran yang perlu ada pada kanak-kanak  (0-12 months) Secara purata, kanak-kanak mula bercakap atau menyebut perkataan pertama ketika mereka berumur lebih kurang 1 tahun. Tetapi, adakah anda tahu bahawa sebelum mereka mula bercakap, terdapat beberapa kemahiran yang perlu mereka kuasai. Ianya dipanggil kemahiran pra-pertuturan (Pre-verbal skills). Antara kemahiran-kemahiran pra-pertuturan yang boleh kita lihat adalah seperti berikut : 1) TUMPUAN (Attention) Kanak-kanak mesti mempunyai daya tumpuan atau fokus yang baik terhadap objek atau…

Read More
1 5 6 7 8 9