Bermain & Belajar (24 – 36 bulan)

Pada usia 24 – 36 bulan, kanak-kanak sudah pandai berimaginasi dan berfikir untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran motor mereka juga makin bertambah baik.  Pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk membantu mereka belajar dan mengembangkan daya pemikiran mereka. Berikut adalah beberapa idea aktiviti untuk kanak-kanak 24 – 36 bulan. UMUR KEMAHIRAN BERMAIN CONTOH MAINAN 24 – 36 bulan ·      Kanak-kanak di usia ini mula menggunakan kemahiran berfikir mereka untuk bermain “pondok-pondok”. ·     Haiwan mainan, anak patung dan aksesori…

Read More

Bermain & Belajar (12 – 24 bulan)

Semakin meningkat usia kanak-kanak, semakin kompleks perkembangan bermain mereka. Mereka akan berimaginasi dan mencuba setiap barangan dan peralatan dan dijadikan mainan. Mereka juga semakin kreatif dan tidak takut untuk mencuba perkara baru. Ada kalanya periuk belanga ibu pun dibuat mainan. Persekitaran yang membenarkan mereka bergerak, bermain dan berimaginasi akan membolehkan mereka perkembang dengan lebih pesat. Berikut adalah beberapa fungsi dan contoh permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan UMUR KEMAHIRAN BERMAIN CONTOH MAINAN 12 – 24…

Read More

Bermain & Belajar (6 – 12 bulan)

Pada tahun pertama kelahiran, adalah penting untuk mereka meneroka persekitaran mereka dan belajar. Pada usia 6 – 12 bulan, bayi sudah mula bergerak, mengensot, merangkak dan mula untuk belajar berjalan.  Pergerakan mereka sudah mula aktif dan memerlukan ruang yang lebih luas dan selamat. Berikut adalah beberapa idea mengenai mainan yang sesuai bagi mereka: UMUR KEMAHIRAN BERMAIN CONTOH MAINAN 6 – 12 Bulan ·  Bayi suka melakukan perbuatan secara berulang-ulang. Pengulangan akan membantu bayi untuk belajar…

Read More

Bermain & Belajar (0 – 6 bulan)

Bayi yang baru lahir akan melakukan sesuatu pergerakan disebabkan oleh reflex contohnya seperti bayi akan secara automatik menggenggam jari kita apabila diletakkan di tapak tangan mereka. Tetapi apabila mencecah umur 3 bulan, kebanyakan reflex akan mula hilang. Bayi mula melakukan pergerakan dengan tujuan tertentu. Mereka akan belajar dan meneroka persekitaran sekeliling melalui deria mereka. Oleh itu permainan-permainan yang melibatkan sensori akan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Berikut adalah beberapa contoh permainan yang boleh…

Read More

Apa Yang Kanak-Kanak Sepatutnya Faham

Kemahiran bahasa terdiri dari pemahaman dan penghasilan. Kanak-kanak biasanya akan memahami bahasa terlebih dahulu sebelum mereka menggunakannya dengan efektif. Kefahaman bahasa kanak-kanak akan meningkat dari masa ke semasa seiring dengan perkembangan umur mereka. Mereka belajar untuk memahami bahasa dan kegunaannya melalui pengalaman, pemerhatian dan interaksi bersama orang dewasa. Jika kanak-kanak tidak boleh memberikan respon apabila namanya dipanggil, sukar untuk mengikut arahan mudah, tidak pandai untuk menunjuk pada objek yang dinamakan, anggota badan dan tidak boleh…

Read More

Gajet & Bahasa

Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel mengenai satu kajian yang dilakukan di United Kingdom. Dalam kajian tersebut mereka mendapati bilangan kanak-kanak yang mempunyai masalah kelewatan bahasa meningkat sebanyak 70% dalam masa 6 tahun dan mereka menyatakan bahawa gajet merupakan punca utama masalah ini.  Adakah negara kita juga sedang mengalami masalah yang sama?  Dan adakah anda fikir teknologi dan gajet merupakan punca utama masalah kemahiran bahasa ini? APA PENDAPAT ANDA? Sebelum kita berbincang dengan lebih…

Read More

Kegagapan Pada Kanak-kanak

Pe rnahkah anda mendengar anak anda mengulang sesetengah sukukata, perkataan atau frasa semasa bercakap? Contohnya seperti “mamamamakan” atau “dia..dia..dia pergi sana”. Dalam keadaan ini, anak anda mungkin mempunyai masalah kegagapan atau mungkin juga mereka sedang melalui peringkat kegagapan normal yang biasa dilalui oleh kebanyakan kanak-kanak yang sedang belajar bercakap. Kegagapan adalah masalah pertuturan yang menyebabkan gangguan pada kelancaran sebutan perkataan ketika bertutur. Ia dicirikan dengan pengulangan sesetengah bunyi, sukukata, perkataan atau frasa, pemanjangan bunyi, atau…

Read More

Tips Bercakap Dengan Kanak-kanak Pelat

Kanak-kanak yang sedang membesar ada kalanya sukar untuk menyebut perkataan-perkataan dengan betul dan jelas. Ibu bapa dan orang dewasa juga ada kalanya sukar untuk memahami pertuturan kanak-kanak. Menurut kajian yang dilakukan oleh Weiss (1982), Beliau mencadabgkan bahawa pertuturan kanak-kanak sepatutnya : 26-50% difahami pada usia 2 tahun 51-70% difahami pada usia 2 tahun 6 bulan 71-80% difahami pada usia 3 tahun Manakala menurut formula yang dikeluarkan oleh Dr Peter Flipsen Jr, yang juga turut digunakan…

Read More

Strategi Untuk Menggalakkan Perkembangan Bahasa Kanak-kanak – Bahagian 2

Berikut adalah sambungan kepada Strategi Untuk Menggalakkan Perkembangan Bahasa Kanak-kanak – Bahagian 1 #6 : Berkongsi Perhatian Bayi dan kanak-kanak akan belajar dengan lebih cepat jika mereka fokus pada sesuatu objek atau orang. Berkongsi perhatian di sini bermaksud kanak-kanak dan orang dewasa memberikan perhatian dan bercakap mengenai sesuatu yang sama pada masa yang sama. Ibu bapa boleh menunjuk objek dan menunggu sehingga kanak-kanak melihat kepada objek tersebut sebelum melabel atau bercakap tentangnya. Ini adalah untuk…

Read More
1 4 5 6 7 8 9