Pre-Verbal Games

PERMAINAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PRA-PERTUTURAN

Dari artikel saya sebelum ini mengenai kemahiran pra-pertuturan, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana jika jbu bapa ingin mengajar atau meningkatkan kemahiran tersebut pada anak-anak mereka. Oleh itu di sini saya memberikan beberapa idea permianan dan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa di rumah.

PERHATIAN: Untuk setiap aktiviti dan permainan di bawah, sertakan sekali dengan bunyi-bunyi yang berkaitan. Jangan lupa untuk bercakap dan bercerita tentang apa yang anda lakukan. Ia adalah penting untuk anak anda mengenali nama setiap permainan dan belajar menghasilkan bunyi-bunyi pertuturan. Perlu diingatkan juga, ini adalah idea-idea yang boleh digunakan dirumah bersama anak anda. Untuk masalah-masalah pertuturan yang lebih spesisfik, sila rujuk kepada pakar yang berkenaan untuk penerangan yang lebih lanjut.

 

KONTEK MATA (Eye Contact)

Ketika melakukan aktiviti kontek mata anda boleh cuba untuk meletak mainan berdekatan muka anda untuk menggalakkan anak anda melihat muka anda. Anda boleh mendorong anak anda tapi jangan paksa mereka untuk melakukan kontek mata.

1) Permainan cak-cak (Peek a boo)

Oleh dimainkan dengan tangan menutup muka, bersembunyi di belakang kerusi, langsir, di bawah meja atau ketika memakaikan baju.

 

2) Bermain bola

  • Balingkan bola dari tangan kanak ke kiri dan biarkan anak anda melihat pergerakan bola tersebut.
  • Sorokkan bola di belakang anda dan tunggu sehingga ada kontek mata dari anak anda. Jika anda bermain baling dan tangkap, tunggu sehingga ada kontek mata dari anak anda sebelum membalingkan bola kepadanya.

 

3) Topeng muka

Buat topeng muka dari pinggan kertas dan buatkan lubang pada mata dan mulut.  Gunakan topeng untuk bermain ‘cak-cak’ dan galakkan anak anda untuk melihat ke muka anda.

 

4. Mainan

Mainan-mainan ini boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran kontek mata adalah seperti posting box , stacking rings, inset puzzle. Sabagai contoh ketika bermain posting box, beri bentuk satu persatu kepada anak anda. Dorong anak anda untuk membuat kontek mata terlebih dahulu sebelum anda memberi bentuk tersebut. Jika anak anda tidak melakukan kontek mata, anda boleh mencuba bermain dengan cara yang luar biasa seperti letak di atas kepala, baling dan tangkap atau sorokkan dibelakang anda.

 

DAYA TUMPUAN (Attention)

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk meningkatkan jangkamasa kanak-kanak memberi tumpuan pada satu-satu aktiviti yang dilakukan.

1) Butang / Manik berwarna

Gunakan butang / manik berwarna untuk membuat rantai atau ular
Asingkannya mengikut warna, saiz dan bentuk.

 

2) Feely box

Letakkan objek yang menarik di dalam kotak. Buka penutup kotak dan biarkan anak anda memasukkan tangan ke dalam kotak. Keluarkan satu objek dan bermain dengannya. Objek yang boleh digunakan adalah seperti puppet tangan, playdough, anak patung, bola dan sebagainya.

3) Puzzle

  • Keluarkan setiap keeping puzzle dan letakkannya semula di tempatnya. Anda juga boleh bercerita mengenai gambar, warna dan juga bentuk yang terdapat pada puzzle tersebut
  • Sorokkan sekeping puzzle dan minta anak anda mencarinya.
  • Masukkan kepingan puzzle ke dalam kotak, goncang, keluarkan satu persatu dan diletakkan di tempatnya.

 

MENGAMBIL GILIRAN (Turn taking)

Sebelum aktiviti dilakukan, anda perlu:

  • Mulakan ketika anda bersendirian bersama anak anda kerana adalah sukar untuk belajar mengambil giliran dan berkongsi dengan ramai orang
  • Pastikan anda mengawal keadaan dengan memegang peralatan yang digunakan
  • Lakukan demonstrasi terlebih tahu supaya anak anda tahu apa yang perlu dilakukannya

 

1) Kemahiran awal mengambil giliran

Gunakan 2 jenis mainan yang berbeza contohnya seperti rattle dan squeky toys.
Beri anak anda 1 mainan dan biarkan dia bermain seketika. Kemudian berikan mainan kedua hanya selepas anak anda memberikan mainan pertama kepada anda.
Ini membantu anak anda untuk belajar memberi dan menerima

 

2) Mengambil giliran dalam aktiviti harian

Dalam aktiviti seharian, banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mengambil giliran dan berkongsi. Contohnya perkara yang boleh dilakukan antara adik beradik seperti :

  • Mengambil giliran menyiram bunga
  • Mengambil giliran memberus gigi dan mencuci muka
  • Mengambil giliran untuk bermain buaian
  • Mengambil giliran untuk bermain sebarang permainan

 

3) Memberi dan menerima
Idea-idea ini boleh digunakan untuk kanak-kanak belajar mengambil giliran dan berkongsi:

  • Bola – bermain baling dan tangkap
  • Kereta mainan – menolak kereta secara bergikir-gilir kepada satu sama lain
  • Posting box – mengambil giliran untuk meletakkan bentuk ke dalam kotak
  • Blocks – mengambil giliran untuk menusun blok menjadi bangunan

 

MENIRU (Imitation)

Permainan meniru ini adalah berguna untuk kanak-kanak yang masih belum bercakap. Pada peringkat ini, ia dilakukan secara tidak formal. Respon kepada setiap bunyi yang anak anda hasilkan.

1) Mama cakap

Anda boleh meniru permainan “Mama cakap _____”. Namun, pada peringkat awal, jangan expect anak untuk terus mengikut. Kita hanya mahu membiasakan anak-anak dengan memperkenalkan kata kerja atau kata nama. Contohnya :
“Mama cakap tepuk tangan”
“Mama cakap angguk kepala”
“Mama cakap angkat tangan”

 

2) Menyanyi lagu kanak-kanak

Anda boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dan membuat aksi seperti “pak mamat ada kebun”, “twinkle-twinkle little star’ dan sebagainya

 

3) Anak patung  / teddies

Untuk aktiviti ini adalah lebih baik jika setiap orang mempunyai anak patung sendiri. Ini lebih memudahkan untuk anak anda meniru apa yang anda lakukan. Beberapa perkara boleh dilakukan seperti:

  • Berpura-pura memberi makan atau minum pada patung
  • Buat seperti mereka lompat, lari, tidur dan sebagainya
  • Mandikan anak patung dan berus gigi
  • Letak patung di atas kereta dan sebagainya

 

Selamat Mencuba! 🙂

About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

Leave a Comment