Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang baru belajar untuk bertutur akan mengalami masalah untuk menyebut setiap bunyi perkataan dengan betul. Setiap proses dan bunyi pertuturan mempunyai julat umur tersendiri untuk kanak-kanak menyebutnya. Kesalahan sebutan pada bunyi-bunyi perkataan ini dikenali sebagai proses fonologi . berikut adalah jenis-jenis proses fonologi yang biasanya dilakukan oleh kanak-kanak dan umur dimana proses tersebut sepatunya sudah hilang. Proses Fonologi Umur Sepatutnya Sudah Hilang Penghapusan Konsonan Pertama (First Consonant Deletion) Proses ini terjadi apabila…
Read MoreArtikel
Kemahiran Pragmatik: 0 – 6 Tahun
KEMAHIRAN PRAGMATIK : 0 – 5 TAHUN Pragmatik adalah kajian mengenai interaksi di antara penutur-pendengar dan semua elemen-elemen yang terdapat pada mesej yang ingin disampaikan. Ia juga dikenali sebagai kemahiran bahasa sosial. Kanak-kanak akan mempelajari dan memperolehi kemahiran pragmatik secara berperingkat seiring dengan peningkatan umur. Kemahiran ini sangat penting untuk kanak-kanak menggunakan kemahiran bahasa yang mereka pelajari untuk berinteraksi dan meyampaikan mesej kepada orang sekeliling. Kanak-kanak dengan masalah kelewatan bahasa biasanya akan mengalami kesukaran untuk…
Read MoreKenali Simptom: Kelewatan/Kecelaruan Bahasa Penghasilan
Kelewatan atau kecelaruan bahasa penghasilan bermaksud kanak-kanak mempunyai masalah untuk menyampaikan mesej melalui pertuturan,tulisan, bahasa isyarat atau gerak tubuh. Mungkin ada sesetengah kanak-kanak yang agak lambat bercakap berbanding kanak-kanak sebaya sebelum umur 3 tahun tetapi berkembang dengan baik selepas itu. Mereka ini dikenali sebagai “late talker”. Tetapi ada kanak-kanak yang berterusan mempunya masalah untuk menyampaikan mesej secara verbal akan didiagnos mempunyai masalah kelewatan / kecelaruan bahasa penghasilan atau lain-lain masalah. Simptom Kanak-kanak dengan masalah bahasa…
Read MoreKanak-kanak dan Gajet: 8 Langkah Mengawal
Memang tak dinafikan dari satu pandangan, pemberian gajet kepada kanak-kanak boleh menyebabkan pelbagai permasalahan kepada perlakuan kanak-kanak, seperti perlakuan anti-sosial, sebagai contoh. Namun jika dilihat disebaliknya, iPad juga turut boleh membantu kanak-kanak belajar; jika digunakan dengan sewajarnya dan diawasi. Ia juga turut boleh mengajar kanak-kanak cara untuk berkomunikasi jika ibubapa memanafaatkan sepenuhnya. Jadi persoalannya, bagaimana kita selaku ibubapa boleh mengawal atau mengajar kanak-kanak untuk menggunakan kemudahan seperti iPad dengan sebetulnya? 1. Contoh melalui teladan. Jika…
Read MoreAda Apa Dengan "Late Talker"?
Berdasarkan Hanen Centre, “late talker” didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berumur 18-30 bulan yang mempunyai kefahaman bahasa yang baik tetapi tidak atau kurang bercakap berbanding usianya. Kanak-kanak “late talker” biasanya mempunyai perkembangan yang baik dari segi kemahiran bermain, motor kasar dan halus, kemahiran berfikir dan sebagainya. Sebagai rujukan, berikut adalah jumlah perkataan yang sepatutnya kanak-kanak guna atau sebut mengikut umur mereka. Bilangan perkataan yang ditunjukkan adalah purata. UMUR BILANGAN PERKATAAN 12 Bulan ~ 2 –…
Read MoreMengajar Bahasa Dengan Aktiviti Harian – Bahagian 2
Artikel ini adalah sambungan daripada artikel “mengajar bahasa dengan aktiviti harian – bahagian 1”. Setiap hari kita mesti makan, sama ada di rumah ataupun di luar seperti di restoren dan sebagainya. Jadi peluang ini bolehlah digunakan untuk berinteraksi dan mengajar kemahiran bahasa kepada anak anda. Berikut adalah beberapa contoh kemahiran yang boleh diajar ketika makan. MENGAJAR BAHASA SEMASA WAKTU MAKAN Kemahiran Meminta Anda boleh mengajar kemahiran meminta dengan menggalakkan anak anda meminta objek / makanan…
Read MoreMengajar Bahasa Dengan Aktiviti Harian – Bahagian 1
Tidak dinafikan bahawa kebanyakan ibu bapa pada hari ini bekerja dan tidak mempunyai cukup masa untuk diluangkan bersama anak-anak. Terutamanya yang tinggal di Bandar-bandar besar dan memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Ianya mungkin lebih sukar jika anak mempunyai masalah kelewatan bahasa dimana masa yang lebih diperlukan untuk mengajar dan mengembangkan kemahiran bahasa mereka. Salah satu penyelesaian yang boleh membantu ibu bapa adalah dengan mengajar dan berlatih kemahiran bahasa melalui aktiviti harian. Terdapat banyak cara…
Read MoreAutisma: Sekilas Fakta
Autisma merupakan “neurodevelopmental disorder” yang mana dicirikan dengan gangguan interaksi sosial, komunikasi sama ada verbal atau bukan verbal, dan perbuatan yang terbatas dan berulangan. Ciri-ciri autisma boleh dikesan dan diperhatikan pada kanak-kanak tersebut sebelum berumur 3 tahun. Autisma berlaku apabila sel saraf dan sinaps di otak kanak-kanak tidak berhubung secara normal. Namun begitu, penyebab dan mekanisma bagaimana autisma memberikan kesan masih belum dapat dikenalpasti. Mengikut kajian statistik yang dijalankan, autisma berlaku kepada 1-2 orang untuk…
Read MoreTips Membaca Buku Dengan Anak-anak
Adakah anda tahu bahawa membaca kepada anak adalah salah satu cara yang terbaik untuk meningkatkan kemahiran bahasa mereka?. Aktiviti ini sangat digemari oleh kanak-kanak lebih-lebih lagi apabila terdapat gambar-gambar dan cerita yang menarik bagi mereka. Sudah semestinya mereka akan menyuruh kita membaca berulang-ulang kali. Berikut adalah tips untuk meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak melalui membaca. Tips ini juga boleh digunakan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah kelewatan bahasa. TIPS #1 : Baca dengan perlahan-lahan Perlahan-lahan disini…
Read MoreSimptom-simptom Kelewatan Bahasa – Kefahaman
Sebelum kanak-kanak mula bercakap, mereka perlu memahami bahasa terlebih dahulu. Mereka perlu memahami apakah maksud perkataan yang disebut, maksud ayat dan juga bagaimana menggunakannya dalam satu-satu situasi. Kefahaman adalah sangat penting untuk kanak-kanak belajar dan berkembang. Kelewatan atau masalah kefahaman bahasa bermaksud, kesukaran untuk kanak-kanak memahami bahasa yang dicakapkan, ditulis, gesture atau jenis-jenis simbol yang lain. Perkembangan kefahaman kanak-kanak akan meningkat sejajar dengan peningkatan usia mereka. Bermula dari kefahaman beberapa perkataan dan terus meningkat sehingga…
Read More