Bertanya & Menjawab Soalan

Kanak-kanak dengan masalah bahasa dan pertuturan biasanya mempunyai masalah untuk bertanya dan menjawab soalan. Kemahiran bertanya dan menjawab soalan merupakan kemahiran yang sukar kerana ia memerlukan kanak-kanak memahahami dan memproses soalan yang ditanya, membentuk jawapan dan menjawab soalan tersebut.
soalan 1
Perkembangan bagi setiap jenis soalan adalah berbeza mengikut umur anak. Anda boleh cuba bertanya soalan pada anak anda bermula dengan soalan yang lebih mudah dan kemudian yang lebih sukar berdasarkan kepada perkembangan normal untuk melihat kebolehan mereka memahami dan bertanya soalan
 

Umur & Kemahiran Bertanya dan Menjawab soalan

 
UMUR : 1-2 TAHUN

KEMAHIRAN SOALAN
  • Memilih diantara 2 objek (dengan menunjuk / menyebut) apabila ditanya berkenaan apa yang dikehendaki
  • Menjawab soalan mudah “Mana” dengan menunjuk (cth: mana bola?)
  • Menjawab soalan “apa ni/tu?” bagi objek yang familiar
  • Menjawab soalan “ya/tidak” dengan mengangguk/menggeleng
  • Mula menggunakan soalan “apa tu?
  • Bertanya soalan dengan menaikkan nada suara seperi “mama?”

 
UMUR : 2 – 3 TAHUN

KEMAHIRAN SOALAN
  • Menunjuk pada objek yang dihuraikan. “Kita pakai apa kat kaki?”
  • Menjawab soalan yang lebih panjang seperti “mana ____?, ____ buat apa?, siapa yang ____?”
  • Memahami dan menjawab soalan “boleh tak__?”
  • Bertanya soalan mudah mengikut kehendak mereka seperti “mana botol?
  • Bertanya “mana…?, apa…..?, buat apa?”

 
UMUR: 3 – 4 TAHUN

KEMAHIRAN SOALAN
  • Menjawab soalan yang lebih complex seperti “siapa, kenapa, mana dan macam mana
  • Menjawab soalan “kalau….apa?”. contoh “Kalau hujan nak buat apa?”
  • Menjawab soalan tentang fungsi objek seperti “guna sudu untuk apa?”
  • Bertanya soalan “kenapa” dengan kerap
  • Menggunakan “apa, mana, kenapa, bila, macam mana dan siapa apabila bertanya soalan
  • Menggunakan “ke?” untuk bertanya. Contoh “mama pergi kerja ke?”

 
UMUR: 4 TAHUN

KEMAHIRAN SOALAN
  • Menjawab soalan “bila
  • Menjawab soalan “berapa
  • Bertanya soalan dalam struktur ayat yang betul

 
Bagaimana mengenalpasti kanak-kanak mempunyai masalah memahami dan menjawab soalan?
Cara yang paling mudah untuk mengenalpasti jika kanak-kanak mempunyai masalah dengan soalan adalah dengan cuba bertanya soalan yang berkaitan, contohnya seperti:

  • Makan apa?
  • Makan kat mana?
  • Makan dengan siapa?
  • Makan bila?
  • Macam mana nak makan __?
  • Kenapa makan ___?

Lihat samada kanak-kanak boleh memahami soalan tersebut atau tidak; dan bandingkan dengan tahap perkembangan yang sepatutnya.
soalan 4
Kebolehan menjawab dan bertanya soalan merupakan komunikasi 2 hala yang perlu ada pada kanak-kanak dan penting untuk proses pembelajaran mereka.
 

SLP Aishah

About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

COMMENTS

Leave a Comment