Pragmatik: Menggunakan Bahasa Dengan Betul

Boleh bercakap merupakan satu kemahiran, manakala kebolehan untuk bercakap pada situasi yang betul dengan bahasa yang betul merupakan satu kemahiran yang lain. Bukan sahaja kanak-kanak, ada kalanya orang dewasa juga mempunyai masalah untuk menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai dengan situasi sosial.
Prag 1
Masalah pragmatik pada kanak-kanak biasanya terjadi disebabkan oleh masalah pada perkembangan bahasa mereka seperti kekurangan kosa kata dan juga masalah pada tatabahasa
Kemahiran pragmatik melibatkan 3 kemahiran komunikasi yang utama iaitu

  1. Menggunakan bahasa untuk tujuan yang berbeza seperti
    • Ucapan (hello, hai, bye, dll)
    • Memberitahu (saya nak pergi tandas)
    • Mengarah (bagi saya air)
    • Berjanji (saya ambil air awak)
    • Meminta (saya nak air)
  2. Mengubah penggunaan bahasa mengikut situasi atau pendengar seperti
    • Cara bercakap yang berbeza dengan bayi dan orang dewasa
    • Bercakap dengan cara yang berbeza ketika di kelas dan di taman permainan
    • Memberi maklumat tambahan pada pendengar yang tidak biasa
  3. Mengikut peraturan dalam komunikasi dan bercerita seperti
    • Mengambil giliran semasa berbual
    • Memperkenalkan topic perbualan
    • Kekal berada di dalam topic yang dibualkan
    • Menukar atau membetulkan ayat apabila sukar difahami
    • Menggunakan isyarat verbal dan bukan verbal
    • Jarak yang betul semas berbual
    • Menggunakan ekspresi muka dan hubungan mata semasa bercakap

Peraturan komunikasi mungkin berbeza mengikut budaya. Oleh itu adalah penting untuk mengetahui adat dan budaya orang yang kita berbual. Individu dengan masalah pragmatik biasanya akan:

  1. Menyebut sesuatu yang tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan situasi semasa bercakap
  2. Bercerita dengan tidak teratur
  3. Tidak mempunyai kepelbagaian bahasa yang digunakan

Prag 2
Kanak-kanak biasanya akan mempunyai masalah pragmatik dalam sesetengah situasi, tetapi jika terlalu kerap ianya terjadi, kanak-kanak mungkin mempunyai masalah pragmatik. Dapatkan penilaian dengan terapis pertuturan-bahasa untuk maklumat lanjut.

SLP Aishah

About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

Leave a Comment