Selective Mutism: Apa, Kenapa dan Bagaimana

Apa itu Selective Mutism?

Selective Mutism biasanya berlaku ketika zaman kanak-kanak. Ia bisanya bermula sebelum kanak-kanak berusia 5 tahun, tetapi kebanyakannya dapat dikenalpasti ketika usia persekolahan. Kanak-kanak dengan selective mutism biasanya akan menunjukkan ciri-ciri seperti :

  1. Tidak bercakap dalam sesetengah tempat atau situasi contohnya di sekolah atau di luar rumah
  2. Bercakap dengan normal sekurang-kurangnya di satu tempat seperti di rumah atau bersama kawan-kawan
  3. Mengganggu pelajaran  dan sosial
  4. Mempunyai kemahiran bahasa yang baik
  5. Bukan “malu” yang biasa
  6. Bukan disebabkan oleh masalah-masalah pertuturan seperti kegagapan
Kenapa Terjadi?
Pelbagai sebab boleh menyebabkan Selective Mutism, antaranya ialah :
  1. Masalah ketakutan atau anxiety
  2. Masalah kekurangan keyakinan diri
  3. Masalah bahasa, pertuturan atau masalah pendengaran

Bagaimana Merawat Selective Mutism?

Selective Mutism didefinasikan sebagai kecelaruan psikiatrik. Oleh itu rawatan kepada masalah ini mestilah melibatkan kerjasama diantara pakar psikologi, pakar psikiatrik dan Terapis Pertuturan-Bahasa (SLT). Bagi merawat masalah Selective Mutism ini, terdapat beberapa cara yang biasanya digunakan. Rawatan yang dipilih adalah berdasarkan kepada punca masalah dan kaedah mana yang paling berkesan untuk kanak-kanak tersebut. Terdapat 4 komponen rawatan yang boleh dilakukan:

Komponen 1 : Pendekatan Rawatan Psikodinamik
Komponen rawatan ini dikenali sebagai “psikoterapi” yang melibatkan rawatan bersama pakar psikologi dan pakar psikiatri. SLT tidak terlibat secara langsung dengan rawatan ini kecuali jika terdapat isu-isu komunikasi yang memerlukan perhatian.

Kompenen 2 : Pendekatan Rawatan Keluarga
Sesetengah kanak-kanak menunjukkan ciri-ciri Selective Mutism ini disebabkan oleh masalah dan konflik di dalam keluarga. Bagi kes yang sebegini, kaunseling keluarga perlu dititikberatkan. Ianya dilakukan oleh kaunselor. SLT memainkan peranan untuk mengajar cara dan teknik komunikasi yang betul kepada ahli keluarga.
Komponen 3 : Pendekatan Modifikasi Sikap (Behavioural modification approach)

Disinilah dimana SLT akan terlibat secara aktif dalam membantu meningkatkan fungsi komunikasi di persekitaran sekolah atau mana-mana persekitaran yang memerlukan bantuan. Rawatan yang diberikan adalah denga cara memberi peneguhan kepada respon yang positif dan tidak menggalakkan respon yang tidak diingini.

Terdapat 2 jenis teknik yang biasanya digunakan di dalam pendekatan ini iaitu stimulus fadingdan shaping. Dalam stimulus fading, persekitaran yang mana kanak-kanak selesa untuk berkominikasi akan direka. Begitu juga dengan orang yang terlibat di dalam terapi. Persekitaran dan orang yang terlibat akan diubah sedikit demi sedikit sehingga kanak-kanak boleh berkomunikasi dalam persekitaran yang biasa.

Bagi teknik shaping pula, kanak-kanak akan diberi peneguhan untuk setiap cubaan untuk berkomunikasi bermula dengan penggunaan isyarat dan seteruskan akan dibentuk kepada komunikasi verbal. Peneguhan / hadiah adalah sangat penting dalam teknik ini. Sebagai contoh, kanak-kanak menunjuk kepada biskut yang diingini dia akan mendapat 1 biskut. Jika dia menyebut nama biskut tersebut, dia akan mendapat 2 biskut. Harus diingat disini bahawa peneguhan yang diberikan mestilah akan memberikan motivasi kepada kanak-kanak untuk terus bercakap.

Komponen 4 : Rawatan dengan ubat
Rawatan ini biasanya digunakan lebih kepada mengurangkan simptom-simptom seperti anxietykanak-kanak atau orang dewasa. Ianya perlulah dengan perbincangan dan kebenaran dari pakar.
Rawatan yang diberikan mestilah bersesuaian dengan kanak-kanak tersebut. Ianya mestilah secara menyeluruh dan melibatkan banyak pihak seperti pakar psikologi, psikiatri, SLT, guru dan juga ibu bapa.
SLT Aishah

About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

COMMENTS

  • […] Patalogis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim Selective Mutism biasanya berlaku ketika zaman kanak-kanak. Ia bisanya bermula sebelum kanak-kanak […]

  • <cite class="fn">Fadzillah</cite>

    Salam…
    Macam mane saya nak ‘detect’ juka anak saya ‘Selective Mutism’?
    Perlu dapatkan temujanji di hospital ke?

  • <cite class="fn">Atiqah</cite>

    Assalammualaikum, anak saya 2.5yo and she’s acting like this in school. No issue at home or with her cousins that she has known since small (but girls cousins only). Dekat nursery dia taknak join kelas, only outside classes and play with selective kids only but outside the class boundary. What to do next? Not sure if she’s not ready or what.

  • <cite class="fn">s. aqilah</cite>

    Dekat malaysia ni, modul untuk org dewasa ada tak rawatan speech therapy ni? My case a bit severe la I guess. Sebab still struggling in usia dewasa ni pun, nk komunikasi face to face, even tak face to face pun. masalah.

    sbnrnya dah berusia dewasa ni, dah tak kisah pun, tp sbb org sekeliling yg tak boleh memahami dan jadi frustrated yg lead to negative punya situasi. so tu la, try ty few center, diorang ckp mmg untuk kanak2 or young adult je

  • <cite class="fn">Muzaina bt. Mosni</cite>

    Assalamualaikum Cikpuan Aishah Kassim,
    Saya mempunyai empat orang anak perempuan. Kesemua mereka mengalami masalah selective mutism ketika tadika. Sekarang ini cuma seorang saja anak saya yang agak berani bercakap di sekolah. Yang tiga orang lagi masih mengalami masalah tersebut.
    Untuk pengetahuan Cikpuan, Saya dan suami sewaktu kecil pernah mengalami masalah yang sama. Sehingga dewasa kami masih mengalami masalah dalam berkomunikasi dalam khalayak ramai. Seperti timbul rasa gugup dan malu untuk bercakap.
    Saya ingin mendapatkan nasihat Cikpuan dalam situasi seperti ini.
    Dimanakah tempatnya jika saya ingin dapatkan terapi untuk anak2 saya? Adakah disetiap hospital kerajaan mempunyai pakar untuk rawatan masalah ini? Mohon penjelasan Cikpuan.

    Sekian, terima kasih