Tingkatkan Kemahiran Bahasa Anak Di Rumah: 7 Langkah Mudah

Dengan keadaan ibu bapa yang bekerja, ada kalanya sukar untuk mencari masa untuk berbual dan berinteraksi bersama anak-anak. Begitu juga dengan kanak-kank yang adakalanya juga sibuk dengan kelas-kelas dari pagi sehingga petang. Namun begitu, kesibukan bukanlah alas an untuk tidak berkomunikasi dan ianya juga bukan alasan untuk menggunakan orang lain (pengasuh) atau peralatan lain (tv, gajet) sebagai pengganti interaksi anak dengan ibu bapa.


Dalam kesibukan harian, ibu bapa masih boleh menggunakan masa yang terluang untuk melakukan aktiviti dengan 7-langkah mudah berikut:

Langkah 1: Matikan semua tv dan gajet

Kajian menunjukkan bahawa, makin lama kanak-kanak meluangkan masa dengan tv dan gajet, makin tinggi risiko untuk mendapat masalah kelewatan bahasa. Tukar masa yang digunakan untuk menonton tv dengan aktiviti-aktiviti lain seperti

  •  Membaca buku bersama
  •  Bermain diluar
  •  Menggunakan imaginasi
  •  Belajar mengenai hubungan sosial dengan orang lain
  •  Meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus

Langkah 2: Membaca bersama anak anda

  • 10 minit sehari sudah mencukupi
  • Cari buku dan topik yang digemari anak anda
  • Tunjukkan perkataan semasa anda membaca
  • Tunjukkan gambar dan namakan gambar di dalam buku
  • Bertanya soalan tentang perkara-perkara di dalam buku
  • Membaca buku secara terbalik dan lihat jika anak anda membetulkannya

Langkah 3: Bersiar-siar dan bercerita tentang apa yang anda lihat

  •  Biarkan anak anda bercerita tentang apa yang digemarinya
  •  Untuk kanak-kanak yang masih kecil, namakan objek, aksi dan perkara-perkara yang dilihat
  •  Untuk kanak-kanak yang lebih tua, main permainan mencari objek atau aksi yang boleh dilihat

Langkah 4: Bercerita tentang kejadian lepas

  • Selepas melakukan aktiviti bersama anak anda, tanyakan kepadanya tentang apa yang berlaku.  Contoh: selepas hari sukan sekolah
  • Bercerita tentang apa yang disukai dan apa yang tidak disukai semasa aktiviti
  • Apa yang boleh dilakukan untuk menjadikan aktiviti lebih menarik
  • Bercerita berkenaan aktiviti dengan turutan yang betul

Langkah 5: Cari / kaji topik yang digemari anak anda

  • Senaraikan topik yang anak anda sukai. Contoh: berkenaan kereta
  • Cari buku-buku dan gambar-gambar yang berkaitan di perpustakaan atau dibeli di kedai ataupun dalam majalah-majalah
  • Minta anak anda bercerita tentang gambar-gambar tersebut kepada orang lain

Langkah 6: Waktu makan tanpa gangguan

  • Apabila tiada gangguan, lebih masa untuk anda berbual
  • Ambil giliran semasa makan untuk bercerita. Jika sukar bagi kanak-kanak, biarkan dia menjadi orang yang terakhir bercerita
  • Topik-topik yang boleh diceritakan adalah seperti
    • Apa yang berlaku pada hari tersebut
    • Apa yang dipelajari
    • Kemana anda pergi
    • Bercerita tentang hobi
  • Untuk kanak-kanak yang lebih kecil, gunakan aktiviti yang lebih mudah seperti menamakan makanan, warna makanan, rasa makanan dan sebagainya.

Langkah 7: Berbual tentang apa sahaja dengan anak anda

  • Duduk bersama anak anda tanpa sebarang gangguan lain. Tanya mengenai perkara-perkara yang dilaluinya
  • Biarkan anak anda bercerita dan kemudian bantu untuk kembangkan jalan ceritanya
  • Jangan cuba untuk membetulkan apa yang diceritakan anak anda, sebaliknya tambah sesuatu yang baru dalam cerita anak anda
  • Mendengar dengan bersungguh-sungguh
  • Tunjukkan cara berbual yang betul seperti hubungan mata, bahasa tubuh yang betul, mengambil giliran dan lain-lain

Walau dengan hanya 10 minit sehari, ia akan memberikan perubahan yang besar dalam kemahiran interaksi anak anda. Apa yang paling penting adalah kemahuan dan KONSISTENSI. Teruskan usaha untuk menjadi ibu bapa yang lebih baikā€¦

SLP Aishah

About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

COMMENTS

Leave a Comment