Kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza tetapi urutan perkembangan mereka adalah sama contohnya kanak-kanak mesti merangkak dahulu sebelum berjalan. Ada sesetengah berkembang dengan cepat dan ada pula yang sedikit terlewat. Usia 1 -12 bulan merupakan usia untuk mereka meneyesuaikan diri dengan dunia yang baru. Mereka belajar untuk mengenali orang, objek, bunyi dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling mereka. Perkembangan kemahiran mendengar, bertutur, bersosial dan bermain bagi kanak-kanak untuk 1 – 12 bulan secara ringkasnya adalah seperti jadual di bawah.
1 – 2 BULAN
PENDENGARAN
|
PERTUTURAN
|
SOSIAL & BERMAIN
|
· Terkejut dengan bunyi kuat yang tiba-tiba dan mungkin menangis
· Berhenti merengek (whimpering) dan berpusing jika ada suara untuk memujuk
|
· Menangis apabila lapar dan tidak selesa
· Pada umur 5-6 minggu, mereka melalukan cooing pada percakapan ibu
|
· Tidur pada kebanyakan masa
· Berhenti menangis bila di angkat dan bercakap dengannya
|
Nota : Kanak-kanak dengan masalah pendengaran yang teruk tidak akan terkejut dengan bunyi yang kuat dan tiba-tiba.
3 – 5 BULAN
PENDENGARAN
|
PERTUTURAN
|
SOSIAL & BERMAIN
|
· Masih terkejut dan menangis dengan bunyi kuat dan tiba-tiba
· Senyap dan senyum apabila terdengar suara ibu bercakap dengannya
· Senyap apabila terdengar bunyi seperti rattle, loceng dan sebagainya
· Berpaling pada sumber bunyi dan mungkin berpaling ke kiri dan kanan untuk mencari sumber bunyi.
· Teruja dengan bunyi yang mendekatinya seperti bunyi tapak kaki, bunyj air mengalir dan sebagainya.
|
· Melakukan banyak vokalisasi (aa, oo, ee dan sebagainya)
&
nbsp; |
· Memandang muka ibu semasa makan/menyusu
· Mula memberi respon seperti senyum, coos, dan teruja pada bunyi yang biasa seperti untuk makan, mandi dsbgnya.
|
6 – 8 BULAN
PENDENGARAN
|
PERTUTURAN
|
SOSIAL & BERMAIN
|
· Berpaling kepada suara ibu di bilik yg berasingan
|
· Melakukan vokalisasi dengan beritma (sing song) untuk 1 atau 2 sukukata seperti (a-a, muh, goo, adah, dsbg)
· Ketawa dan menjerit dengan gembira ketika bermain
|
· Boleh mengambil dan memegang mainan yang kecil
· Kebanyakannya menggunakan 2 tangan untuk mengambil mainan
· Mencapai mainan yang diberi seperti rattle dan menggoncangnya
· Masih mesra dengan orang yang tidak dikenali
· Mula takut dengan orang yang tidak dikenali ketika berusia 7 bulan
|
9 – 11 BULAN
PENDENGARAN
|
PERTUTURAN
|
SOSIAL & BERMAIN
|
· Memberi tumpuan pada bunyi-bunyi harian yang biasa di dengar
|
· Melakukan babbling dengan beritma dan suara yang kuat (cth: mam-mam, dad-dad, agaga, ababa) secara berulang ulang
· Faham ucapan ‘jangan / no’ dan ‘bye-bye’.
· Meniru bunyi vocal orang dewasa
|
· Memegang, menggigit dan mengunyah biskut
· Cuba memegang sudu ketika makan
· Dapat membezakan ahli keluargs dan orang yang tidak dikenali
· Memasukkan objek ke dalam mulut
· Bermain ‘peek a boo’ dan meniru aksi tepuk tangan
· Mencari mainan yang disorok di bawah kerusi atau kain ketika kanak-kanak melihat
|
12 BULAN
PENDENGARAN
|
PERTUTURAN
|
SOSIAL & BERMAIN
|
· Menoleh apabila nama dipanggil
· Memahami beberapa perkataan dalam konteks harian (cth: nama ahli keluarga, susu, kereta, bola, baju dsbg)
· Memahami arahan mudah beserta dengan gesture (cth: bagi mama, mana kasut?, cakap bye-bye, tepuk tangan, dsbg)
|
· Menyebut bunyi-bunyi seperti bersembang tetapi tidak difahami (jargon)
· Vokalisasi mengandungi kesemua vocal dan kebanyakan konsonan
· Meniru bunyi-bunyi vokalisasi dan kadang-kadang meniru perkataan yang disebut yang dilakukan oleh orang dewasa
· Memahami kegunaan objek (cawan untuk minum, sikat utk sikat rambut)
· Mula menyebut perkataan yang biasa secara spontan (cth: mama, baba)
|
· Kurang memasukkan objek ke dalam mulut
· Meniru orang dewasa melakukan aktiviti (cth: memasukkan barang ke dalam kotak dan mengeluarkannya)
· Menyukai permainan yang berbunyi dan bermain secara berulang-ulang
· Mencari objek yang hilang dari pandangan
· Ingin sentiasa bersama-sama orang yang dikenali
|
Ini adalah sekadar garis panduan untuk untuk mamantau perkembangan kanak-kanak. Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mungkin tingkah laku mereka juga adalah berbeza. Jika anda melihat sesuatu tingkah laku yang sangat berlainan, rujuklah pada pakar untuk mengenalpasti masalah yang mungkin.
SLT Aishah