Adakah anda tahu bahawa membaca kepada anak adalah salah satu cara yang terbaik untuk meningkatkan kemahiran bahasa mereka?. Aktiviti ini sangat digemari oleh kanak-kanak lebih-lebih lagi apabila terdapat gambar-gambar dan cerita yang menarik bagi mereka. Sudah semestinya mereka akan menyuruh kita membaca berulang-ulang kali. Berikut adalah tips untuk meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak melalui membaca. Tips ini juga boleh digunakan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah kelewatan bahasa.
TIPS #1 : Baca dengan perlahan-lahan
Perlahan-lahan disini bukanlah bermaksud suara yang perlahan, tetapi kelajuan yang rendah. Kanak-kanak lebih mudah untuk menangkap setiap patah perkataan dan belajar dengan lebih baik bila dibacakan dengan perlahan.mungkin agak sukar untuk kita membaca dengan perlahan, tetapi ianya memang akan membantu. Jangan lupa untuk menggunakan pelbagai intonasi (seperti, marah, takut, gembira, sedih dan sebagainya) yang sesuai ketika membaca untuk lebih manarik minat mereka.
TIPS #2 : Bacakan semula buku yang telah anda baca
Kanak-kanak suka membuat perkara secara berulang-ulang, begitulah juga dengan membaca buku. Jika anak anda menyuruh anda mengulang buku yang sama sehingga anda muak dan jemu, itu adalah perkara yang baik!. Kanak-kanak akan belajar lebih banyak dari buku tersebut apabila dibacakan berulang-ulang kali. Lebih banyak anda baca, lebih banyak perkataan dan perkara yang dipelajarinya. Ianya seperti jika anda menonton filem untuk kali kedua, anda boleh nampak atau perasan kejadian yang anda tertinggal pada kali pertama menonton. Begitulah kanak-kanak belajar melalui membaca buku.
Strategi ini adalah penting untuk kanak-kanak memahami bahawa setiap perkataan yang dibacakan mengandungi maksud. Ia juga membolehkan kanak-kanak fokus pada buku tersebut. Selain itu kanak-kanak akan belajar bahawa buku dibaca dari arah kiri ke kanan dan dari atas ke bawah kecuali buku dengan tulisan jawi yang dibaca dari kanan ke kiri.
TIPS #4 : Minta anak anda menunjuk gambar di dalam buku
Libatkan anak anda dalam pembacaan dengan memintanya menunjukkan gambar di dalam buku. Sebagai contoh “mana kucing?” ataupun “tunjuk ikan kat mama”. Ini bukan sahaja mengekalkan fokus kanak-kanak kepada buku tersebut, malah ia juga boleh mengajar kanak-kanak kosa kata yang baru tentang objek-objek yang biasa dilihat.
TIPS #5 : Tanya anak anda tentang situasi yang terjadi di dalam buku
Teknik ini akan membantu kanak-kanak untuk memahami cerita dan apa yang terjadi dan juga membina kebolehan mereka untuk menjawab pelbagai jenis soalan. Anda boleh menggunakan soalan seperti ya/tidak, apa, siapa, mana, bila, kenapa dan bagaimana. Contoh soalan yang boleh ditanya adalah seperti “mana kucing hitam?, itik buat apa tu?, kenapa dia jatuh?, kereta besar tak? Dan sebagainya”
Kanak-kanak lebih gemar membaca jika buku tersebut berkaitan dengan minat mereka. Contohya jika kanak-kanak menggemari kereta, anda mungkin boleh membeli buku cerita berkaitan kereta. Anda boleh membawa anak bersama untuk membeli buku dan meminta mereka memilih sendiri buku yang ingin dibaca.
TIPS #7 : Baca pelbagai jenis buku yang berbeza
Dedahkan anak anda denga pelbagai jenis buku yang berbeza seperti buku cerita fiction (cerita yang direka), buku non-fiction (buku berkenaan fakta atau topic), buku tentang orang yang berbeza, buku yang banyak gambar dan sebagainya. Ini membolehkan anak andabelajar tentang banyak perkara dari buku yang berbeza. Mereka juga akan memahami bahawa setiap buku yang berbeza mempunyai cara pembacaan yang berbeza.
Untuk membantu kanak-kanak lebih memahami perkara di dalam buku, anda boleh melakukan perkara yang ada di dalam buku. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah melukis apa yang terjadi di dalam buku, bermain paly dough, lego atau blok kayu untuk membina bangunan seperti di dalam buku atau anda juga boleh pergi ke zoo dan
kaitkannya dengan buku berkenaan haiwan yang telah anda dan anak anda baca. Ini membantu kanak-kanak untuk mengaitkan apa yang dibaca di dalam buku dan apa yang terjadi di luar.
kaitkannya dengan buku berkenaan haiwan yang telah anda dan anak anda baca. Ini membantu kanak-kanak untuk mengaitkan apa yang dibaca di dalam buku dan apa yang terjadi di luar.
Kebolehan membaca adalah penting untuk kanak-kanak belajar. Tetapi sebelum mereka boleh membaca dengan sendiri, ibu bapalah yang perlu menjadi pembaca mereka. Membaca merupakan aktiviti yang seronok dan mudah dilakukan di rumah dan dimana sahaja. Ianya kelihatan mudah dan ringkas tetapi memberi banyak manfaat kepada pembelajaran kanak-kanak.
SELAMAT MENCUBA DAN MEMBACA
SLP Aishah