Anak Tak Fokus…. Macam mana ni?

“Buat keje sikit dah lari”
“Duduk kejap je dah bangun”
“Kita pergi dekat je dia lari”
“Dia tak nak main dengan saya”
“Panggil nama pun tak respon, panggil banyak kali baru pusing”
“Anak saya kalau tengok tv dia fokus lama”

Macam-macam masalah biasa saya dengar dari ibu bapa. Sebenarnya kebanyakan kanak-kanak yang lambat bercakap memang mempunyai masalah untuk fokus atau memberi tumpuan pada aktiviti, komunikasi atau apa sahaja yang dilakukan.
Fokus atau daya tumpuan merupakan komponen yang sangat sangat sangat (x10) penting untuk pembelajaran. Kita belajar masak memerlukan tumpuan, belajar melukis perlu tumpuan, belajar main piano, belajar matematik, belajar main bola semuanya perlukan fokus. Lebih baik fokus yang diberikan, maka lebih baiklah hasilnya. Begitu juga dengan belajar bercakap atau berkomunikasi, sememangnya memerlukan fokus yang baik.
Disebabkan saya Speech Therapist, jadi saya akan terangkan fokus di dalam komunikasi. Untuk kanak-kanak bercakap dan berinteraksi dengan orang lain, pertama sekali mereka mestilah mempunyai fokus kepada orang lain itu. Di sebabkan itulah dalam pembelajaran bahasa, fokus pada TV, Ipad atau bermain seorang BUKAN fokus yang baik.
Fokus yang baik untuk belajar berkomunikasi adalah “berapa lama kanak-kanak boleh tahan dalam situasi interaksi dengan orang lain (ibubapa, guru, kawan atau sesiapa sahaja)”. Contohnya:
xxx

  • Apabila kita membaca buku bersamanya, berapa lama mereka boleh duduk dan memberi fokus kepada apa yang kita ceritakan tentang buku tersebut.
  • Apabila bermain puzzle, adakah mereka boleh menghabiskan puzzle tersebut dengan kehadiran kita bermain bersama

Jadi, secara asasnya, untuk mengajar bahasa pada kanak-kanak, daya tumpuan inilah yang patut digilap dan diajar

Tips Meningkatkan Daya Tumpuan Untuk Berkomunikasi

  • Kenalpasti jangkamasa anak anda boleh duduk dan melakukan aktiviti bersama anda
  • Jangan biarkan anak bermain seorang dan fokus pada permainan itu
  • Selalu tarik perhatian anak untuk melihat dan berinteraksi dengan kita
  • Pilih mainan yang sesuai dan disukai oleh kanak-kanak dan anda perlu bermain bersamanya
  • Elakkan makanan manis dan bergula kerana ianya akan memberikan kesan pada tumpuan kanak-kanak

Daya tumpuan yang baik akan memudahkan kanak-kanak untuk belajar bahasa dan bercakap serta berkomunikasi dengan orang lain.

SLP Aishah

About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

COMMENTS

Leave a Reply to mel Cancel reply