Anak Bercakap Tapi Tak Berkomunikasi… Apa Nak Buat?

Situasi:

Anak pandai sebut nama objek tetapi tak pandai mintak, tak pandai tanya dan jawab soalan, tak pandai ikut arahan dan macam-macam lagi. Kenapa ini terjadi?

Ini adalah kerana, bertanya dan menjawab soalan, meminta, berbual dan mengikut arahan, semua itu adalah merupakan komunikasi 2 hala. Menamakan objek dan berkomunikasi adalah dua kemahiran yang berbeza. Mari saya terangkan bagaimana.
170213-850x554-chess
Sama ada kita sedar atau tidak, apabila kita berkomunikasi contohnya seperti ketika berbual, kita sebenarnya sedang mengambil giliran untuk bercakap. Contohnya seperti:

  1. Seorang bercakap dan yang lain akan mendengar
  2. Seorang bertanya soalan dan seorang menjawab soalan
  3. Seorang tunjuk dan seorang melihat

Jadi samalah juga seperti kita, kemahiran mengambil giliran adalah penting untuk kanak-kanak berkomunikasi. Tapi bagi kanak-kanak, mereka perlu belajar perkara asas dalam kemahiran mengambil giliran. Antara contoh-contoh kemahiran mengambil giliran adalah seperti berikut:

  • Semasa bermain bola, kita membaling bola pada kanak-kanak dan mereka membalingnya kembali pada kita
  • Beratur dan menunggu giliran untuk membasuh tangan
  • Bergilir-gilir meletakkan barang di dalam bekas
  • Memasukkan bola ke dalam bakul secara bergilir-gilir
  • Berkongsi mainan seperti puzzle dan memasukkannya secara bergilir
  • Dan macam-macam perkara atau aktiviti yang mereka boleh lakukan secara bergilir.

Kemahiran mengambil giliran ini boleh melatih kanak-kanak untuk menunggu dan memberi respon pada sesuatu (situasi, perbualan dan aktiviti) dan juga penting untuk mereka belajar berkongsi

Bagaimana Mengajar Kanak-kanak Mengambil Giliran

  1. Lakukan aktiviti yang melibatkan giliran seperti:
    • Bermain bola – membaling dan menangkap bola secara bergilir. Bantu kanak-kanak jika mereka tidak tahu membaling semula bola kepada anda
    • Memasukkan bola ke dalam bakul secara bergilir
    • Meletakkan puzzle secara bergilir
    • Memasukkan manik pada tali secara bergilir
    • Memasukkan duit ke dalam tabung secara bergilir
  2. Bantu anak anda sekiranya mereka tidak tahu untuk melakukannya
  3. Sebut nama mengikut giliran seperti “giliran mama, giliran adik”
  4. Lakukan aktiviti sehingga kanak-kanak tahu yang mereka perlu menunggu giliran secara spontan
  5. Anda juga boleh menggunakan aktiviti harian seperti mencuci tangan, menyuap makanan dan lain-lain lagi

Kemahiran untuk mengambil giliran dalam melakukan sesuatu aktiviti adalah penting untuk membentuk komunikasi dua hala di kalangan kanak-kanak. Jadi selalukan untuk melatih kanak-kanak demi mengasah kemahiran mengambil giliran mereka!
Selamat Mencuba!

Aishah Kassim

About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

COMMENTS

  • <cite class="fn">hany25</cite>

    Ask Aishah, kak jg follower Aishah, tq byk perkongsian yg diberikan. Kak jg ada ank autism speech delay yg skrg ni byk improve, suka melukis, nyanyi lg a-z, count cookies 1-10, ank kak jg bljr dtdka dimana kak jg gurunya & pg speech theraphy & occ tiap2 bln..
    Baru2 ni ada ibu ngadu kt akak yg anaknya pndai mmbaca eng,bm,& buat mate, tp bila dh drjh 1 ank itu x boleh baca & kira2..bdk tu normal, ibunya jg ada beri ubat utk anknya spy cpt bljr, Aisyah ada tip yg boleh dikongsikan, maaf klu soalan ni kluar tajuk, Waalaikummussalam Aisyah.

  • <cite class="fn">Malar</cite>

    Hi Pn. Aishah, saya juga mempunyai anak seperti hany25. Anak saya berusia 4 tahun. Dia suka ajuk. Dia boleh menulis 1-20 dan A-Z tanpa bantuan. Dia suka membaca. Dia telah menghabiskan buku Peter & Jane 3C tanpa sebarang masalah. Tetapi, dia tidak pernah menjawab atau menanya soalan.
    Saya sangat berharap Pn. Aishah dapat memberikan tips yang berguna.
    Sekian.

  • […] perkongsian dari Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim diterangkan bagaimana untuk mengetahui […]

Leave a Comment