Kenapa Kanak-kanak Cakap "Jerman"

Apa sebenarnya cakap “Jerman”?

Sebelum saya menerangkan kenapa kanak-kanak menghasilkan bahasa ‘jerman’ atau secara istilahnya dikenali sebagai JARGON, kita perlu tahu apakah kemahiran yang menyebabkan kanak-kanak melakukannya terlebih dahulu. Untuk kanak-kanak belajar bercakap, banyak kemahiran yang perlu mereka pelajari. Salah satunya adalah kemahiran kefahaman apa yang disebut oleh orang dewasa dan meniru sebutan orang dewasa.
jerman 3
Kemahiran meniru ada 2 iaitu meniru AKSI dan meniru sebutan VERBAL. Sebagai contoh:

  1. Meniru Aksi
    • Kemahiran yang perlu kanak-kanak pelajari sebelum usia 1 tahun
    • Contoh : Kanak-kanak menggoncang rattle selepas orang dewasa melakukannya
  2. Meniru sebutan verbal
    • Kanak-kanak mula mengeluarkan bunyi-bunyi yang disebut oleh orang dewasa seperti meniru bunyi haiwan “meow” dan lain-lain

Semasa kecil di bawah umur setahun, kanak-kanak ada kalanya hanya meniru apa yang disebut oleh orang dewasa tanpa memahaminya terlebih dahulu. Mereka mendengar dan menyebutnya sahaja. Setelah beberapa kali mereka mendengarnya barulah mereka mula faham maksud perkataan tersebut dan barulah mereka akan menggunakannya pada situasi yang betul. Pada usia ini juga, kanak-kanak mempunyai kebolehan memori yang sedikit dan kebolehan mereka untuk memahami ayat panjang adalah terhad. Sebab itulah kita biasanya bercakap dalam bahasa yang ringkas dan pendek-pendek sahaja dengan kanak-kanak.
Contohnya:

Ayat 1: Tengok, kucing……. meow….. kucing
Ayat 2: Tengok tu ada kucing, besarnya kucing tu dia tengah makan nasi dengan ikan

Apabila kita menghasilkan ayat 1 pada kanak-kanak, biasanya kanak-kanak akan tiru perkataan meow atau kucing sahaja. Mereka tidak akan meniru keseluruhan ayat. Bayangkan jika kita menggunakan ayat yang panjang seperti ayat 2, agak-agaknya apa yang kanak-kanak cuba untuk tiru. Ia mungkin akan jadi “hdbbf msmkhd shsd kucing mjdg dybd kdhb”. Itulah bahasa jermannya.
jerman 2
Jadi sebenarnya, kanak-kanak menghasilkan cakap “jerman” adalah disebabkan oleh mereka cuba untuk meniru pertuturan orang dewasa tetapi kebolehan kefahaman kosa kata dan memori mereka adalah sangat terhad. Kita bercakap menggunakan ayat panjang, mereka cuba untuk tiru tapi mereka tidak faham ayat tersebut.
Cakap jerman ini sebenarnya normal bagi kanak-kanak, tetapi ianya akan berkurang apabila kanak-kanak mula menguasai kefahaman bahasa mereka. Tetapi jika selepas 3 tahun masih ada cakap jerman, ianya sudah TIDAK NORMAL.

Bagaimana mengatasi masalah ini?

Apa yang boleh ibu bapa lakukan adalah:

  1. Tingkatkan kefahaman kanak-kanak bermula dengan kefahaman perkataan, frasa pendek dan barulah kepada kefahaman ayat
  2. Bercakap atau berbual dengan kanak-kanak dengan menggunakan bahasa yang pendek, ringkas dan berintonasi
  3. Reka perkataan atau ayat apabila kanak-kanak mengeluarkan bahasa jerman. Contohnya kanak-kanak bercakap jerman sambil menunjuk pada bola. Reka apa jua perkataan atau ayat yang berkaitan dengan bola seperti “waaa besarnya bola” atau sebagainya yang sesuai pada situasi tersebut.

Jika situasi ini berterusan, rujuklah pada terapis pertuturan-bahasa untuk khidmat nasihat.
Selamat mencuba.
 

Nak belajar lebih lanjut berkenaan teknik-teknik terapi pertuturan yang lain? Sertai bengkel saya pada 5 mac 2016 di Ipoh, Perak

Klik SINI atau hubungi 019-3537272 (sms/whatsapp)

SLP Aishah

About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

COMMENTS

  • <cite class="fn">Erny</cite>

    6 tahun tapi masih belum petah bercakap. Masih lagi dgn bahasa Jerman.
    Dah rujuk pada pakar, attend speech therapy…
    kesimpulannya…ada sedikit perubahan, kalau graf tu mungkin kata naik sikit laa…
    cuma saya agak risau keadaan/nasib anak saya tahun 1 akan datang
    Feedback dr cikgu pra-sekolah…okey aje

  • <cite class="fn">Anita Ukor</cite>

    Puan ada tak perancangan nak buat bengkel di kota kinabalu sabah. Artikel puan sangat menarik,terima kasih di atas perkongsian ilmu daripada puan.

  • <cite class="fn">siti nur atiqah</cite>

    adakah terlalu mendedahkan anak2 dgn cite kartun pda usia 1 tahun keatas menjadikan bahasa jerman kerana mereka tidak faham pertururan tersebut

    • <cite class="fn">Aishah Kassim</cite>

      Boleh juga begitu jika kanak-kanak menghabiskan kebanyakan masa untuk menonton kartun sahaja dan kurang berinteraksi dengan orang lain. ini kerana menonton bukanlah 2 way communication, utk bercakap dan berkomunikasi mereka perlukan latihan dengan orang yang sebenar.

  • <cite class="fn">Mastura jaafar</cite>

    Salam…mudah2an puan dpt buat bengkel di sabah…insyaallah nk join…ank sy masuk 5 thn…tp msh blm lncar bckp…mmg sy perlukn ilmu utk mcari kaedah yg sesuai dan betul utk ajar dia bckp..

Leave a Reply to Aishah Kassim Cancel reply