Anak makin meningkat usia, tetapi pertuturannya masih sukar difahami. Sebutan masih banyak yang salah. Rungsing kan apabila memikirkan keadaan anak bila dah masuk sekolah. Nanti kawan ejek, anak malu dan kurang keyakinan diri macam mana?
Sebenarnya, sama ada kita perasan atau tidak, ramai kanak-kanak yang mempunyai masalah pelat. Orang dewasa pun ada juga yang mengalaminya seperti masalah nak sebut huruf /k/, /r/ dan lain-lain. Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya, begitu juga dengan pelat, ada rawatan-rawatan yang boleh dilakukan untuk membetulkan masalah pelat ini.
Ingin tahu lebih lanjut dan ingin belajar bagaimana untuk merawat masalah pelat??
Apa Yang Akan Anda Pelajari?
- Perkembangan normal bunyi pertuturan kanak-kanak
- Mengenalpasti masalah pelat pada kanak-kanak dan jenis-jenisnya
- Teknik penghasilan bunyi pertuturan yang betul
- Teknik latihan oro-motor bagi otot mulut
- Langkah-langkah merawat masalah pelat
- Bagaimana kanak-kanak mengaplikasi teknik rawatan dalam perbualan harian
Siapa Yang Sesuai Untuk Hadir?
Ibu bapa/guru/penjaga yang mempunyai:
- Anak yang pelat dan sukar difahami pertuturannya
- Anak yang mempunyai masalah menyebut sesetengah bunyi
Jadual Bengkel
Tekan Daftar untuk mendaftar.
Lokasi | Tarikh | Status |
Batu Caves, Kuala Lumpur | 19 Mac 2016 | – Daftar – |
Berapa bayaran? Kuantan ada seminar ini tak?
buat masa ini baru ada di Batu Caves. Mungkin akan datang akan sampai ke Kuantan 🙂
klik -Daftar- untuk maklumat lebih lanjut.
Saya tak dapat klik untuk daftar..dah penuh ke?
Boleh saya tahu apa yang keluar?