Seronok kan bila tengok anak cepat bercakap, petah lagi. Pot pet pot pet macam orang tua. Bila Nampak lambat bercakap je, ramai ibu bapa akan mula risau. Ada sesetengah kanak-kanak belajar bercakap tanpa disuruh. Sedar-sedar dah pot pet pot pet. Tapi ada sesetengah yang perlukan lebih rangsangan dan usaha untuk belajar bercakap.
Sebenarnya kemahiran bercakap boleh dirangsang dari awal. Banyak teknik-teknik stimulasi bahasa yang boleh dilakukan untuk membolehkan kanak-kanak lebih mudah untuk menerima dan mempelajari bahasa. Tak kurang juga dengan bermain. Kanak-kanak banyak belajar melalui bermain kerana semasa bermain mereka akan mendapat pengalaman dan dari situ mereka akan belajar perkara-perkara baru.
Jadi, kombinasi kedua-dua teknik ini iaitu teknik stimulasi bahasa dan kemahiran bermain akan meletopkan kemahiran kanak-kanak untuk bercakap.
Adakah anda mahu anak anda cepat bercakap? Adakah anda mahu mempelajari teknik ini? Mari sertai bengkel yang kami anjurkan ini.
Apa Yang Akan Dipelajari
- Apa itu stimulasi bahasa
- Belajar menjadi ibu bapa yang menggalakkan anak untuk bercakap
- Teknik-teknik yang memang akan membuatkan anak anda hendak bercakap
- Apa itu bermain
- Kemahiran-kemahiran yang boleh dipelajari dengan bermain
- Bagaimana memilih mainan yang sesuai mengikut umur
- Bagaimana menggabungkan teknik stimulasi bahasa dengan teknik bermain
Siapa Yang Sesuai Hadir?
Semua Ibu bapa, guru atau penjaga kanak-kanak sangat sesuai untuk hadir, kerana teknik ini bukan sahaja boleh diguna pakai dengan anak-anak istimewa tapi juga anak-anak normal pun sangat sesuai.
Siapa Yang Sesuai Untuk Hadir?
Ibu bapa/guru/penjaga yang mempunyai:
- Anak yang pelat dan sukar difahami pertuturannya
- Anak yang mempunyai masalah menyebut sesetengah bunyi
Jadual Bengkel
Tekan Daftar untuk mendaftar.
Lokasi | Tarikh | Status |
Batu Caves, Kuala Lumpur | 30 April 2016 | – Daftar – |