“Buat keje sikit dah lari” “Duduk kejap je dah bangun” “Kita pergi dekat je dia lari” “Dia tak nak main dengan saya” “Panggil nama pun tak respon, panggil banyak kali baru pusing” “Anak saya kalau tengok tv dia fokus lama” Macam-macam masalah biasa saya dengar dari ibu bapa. Sebenarnya kebanyakan kanak-kanak yang lambat bercakap memang mempunyai masalah untuk fokus atau memberi tumpuan pada aktiviti, komunikasi atau apa sahaja yang dilakukan. Fokus atau daya tumpuan merupakan…
Read MoreMonth: February 2016
Kenapa Kanak-kanak Cakap "Jerman"
Apa sebenarnya cakap “Jerman”? Sebelum saya menerangkan kenapa kanak-kanak menghasilkan bahasa ‘jerman’ atau secara istilahnya dikenali sebagai JARGON, kita perlu tahu apakah kemahiran yang menyebabkan kanak-kanak melakukannya terlebih dahulu. Untuk kanak-kanak belajar bercakap, banyak kemahiran yang perlu mereka pelajari. Salah satunya adalah kemahiran kefahaman apa yang disebut oleh orang dewasa dan meniru sebutan orang dewasa. Kemahiran meniru ada 2 iaitu meniru AKSI dan meniru sebutan VERBAL. Sebagai contoh: Meniru Aksi Kemahiran yang perlu kanak-kanak pelajari…
Read MoreMengajar Anak Pelat
Anak makin meningkat usia, tetapi pertuturannya masih sukar difahami. Sebutan masih banyak yang salah. Rungsing kan apabila memikirkan keadaan anak bila dah masuk sekolah. Nanti kawan ejek, anak malu dan kurang keyakinan diri macam mana? Sebenarnya, sama ada kita perasan atau tidak, ramai kanak-kanak yang mempunyai masalah pelat. Orang dewasa pun ada juga yang mengalaminya seperti masalah nak sebut huruf /k/, /r/ dan lain-lain. Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya, begitu juga dengan pelat, ada rawatan-rawatan…
Read MoreAnak Cepat Cakap: Gabungan Teknik Stimulasi Bahasa dan Bermain
Seronok kan bila tengok anak cepat bercakap, petah lagi. Pot pet pot pet macam orang tua. Bila Nampak lambat bercakap je, ramai ibu bapa akan mula risau. Ada sesetengah kanak-kanak belajar bercakap tanpa disuruh. Sedar-sedar dah pot pet pot pet. Tapi ada sesetengah yang perlukan lebih rangsangan dan usaha untuk belajar bercakap. Sebenarnya kemahiran bercakap boleh dirangsang dari awal. Banyak teknik-teknik stimulasi bahasa yang boleh dilakukan untuk membolehkan kanak-kanak lebih mudah untuk menerima dan mempelajari…
Read MoreAnak Tidak Bercakap? Penyelesaian Alternatif.
Kanak-kanak sudah berusia 5 – 10 tahun, tapi masih tidak bercakap atau masih belum boleh menggunakan bahasa verbal untuk berkomunikasi memang tidak patut dibiarkan begitu sahaja. Bagaimana caranya untuk mereka meminta,bagaimana mereka ingin memberitahu apa yang mereka rasa, bagaimana mereka ingin menyampaikan mesej kepada kita jika mereka tidak boleh berkomunikasi secara verbal atau tidak verbal? Komunikasi itu luas, terdapat pelbagai cara dan alatan yang boleh digunakan untuk berkomunikasi. Bukan hanya bergantung pada bercakap sahaja. Dengan…
Read MoreDIY Terapi Pertuturan Di Rumah
Pengisian Bengkel: Mengenali masalah bahasa pada kanak-kanak Memilih objektif terapi (apa yang ingin dan perlu diajar) Belajar untuk mengajar kanak-kanak dengan langkah-langkah mudah Teknik-teknik yang betul untuk terapi pertuturan Bagaimana membuat pelan untuk terapi Pemilihan aktiviti dan material yang sesuai untuk terapi Perbincangan dan idea-idea dari Patologis Pertuturan-Bahasa Siapa yang boleh menyertai: Ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah kelewatan bahasa Autism ADHD / ADD Down syndrome Cerebral palsy Pelat Dan lain-lain masalah bahasa dan pertuturan…
Read MoreSpeechWork: Gabungan Terapi Pertuturan dan Terapi Carakerja
Belajar bahasa bukan semudah yang disangka, tambahan pula bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kelewatan bahasa disertai dengan masalah-masalah pada perkembangan motor halus dan sensori mereka. Kita belajar melalui deria (sensori). Jika terdapat masalah sensori pada kanak-kanak, ia akan menyebabkan kanak-kanak sukar untuk belajar perkara baru tambahan pula bahasa dan komunikasi. Oleh itu terapi cara kerja juga sama pentingnya dengan terapi pertuturan yang mana ianya saling berkait rapat di antara satu sama lain. Dengan kesedaran itu,…
Read More