Bengkel Ibu Bapa SpeechWork Therapy : Gabungan Terapi Pertuturan dan Terapi Carakerja

Belajar bahasa bukan semudah yang disangka, tambahan pula bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kelewatan bahasa disertai dengan masalah-masalah pada perkembangan motor halus dan sensori mereka. Kita belajar melalui deria (sensori). Jika terdapat masalah sensori pada kanak-kanak, ia akan menyebabka kanak-kanak sukar untuk belajar perkara baru tambahan pula bahasa dan komunikasi. Oleh itu terapi cara kerja juga sama pentingnya dengan terapi pertuturan yang mana ianya saling berkait rapat diantara satu sama lain.
Dengan kesedaran itu, saya menggabungkan pengetahuan terapi pertuturan dan terapi cara kerja bagi mendapatka hasil terapi yang lebih baik. Saya menggunakan teknik penggabungan ini yang saya kenali sebagai SPEECHWORK THERAPYdi dalam terapi berkumpulan dan hasilnya sememangnya berbeza dan memberangsangkan.
Apa yang anda akan belajar dalam speechwork?
  • Komponen penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak
  • Teknik mengajar bahasa kepada kanak-kanak dari sebelum bercakap sehingga bercerita
  • Perkembangan motor pada kanak-kanak dan kepentingannya
  • Kaitan sensori dalam pembelajaran bahasa
  • Teknik integrasi sensori (Sensory Integration) dan sensori diet
  • Bagaimana menggabungkan teknik terapi pertuturan dan carakerja dengan efektif dan melakukannya sendiri di rumah
  • Demonstrasi teknik-teknik pengajaran
Siapa yang boleh hadir ke bengkel ini?
Ibu bapa, guru atau penjaga yang mempunyai / mengajar kanak-kanak dengan masalah:
  • Autism
  • Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
  • Global Developmental Delay (GDD)
  • Down Syndrome
  • Kanak-kanak lambat bercakap dengan daya tumpuan yang pendek
  • Atau masalah-masalah lain yang berkaitan bahasa dan perkembangan motor/sensori

 

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sertai bengkel SPEECHWORK ini seperti berikut:
TARIKH
:
24 Januari 2016
MASA
:
8.00 am – 5.00 pm
YURAN
:
RM180 / Seorang
TEMPAT
:
I Master Training Academy, 32-2 Jalan Reko Sentral 4, Jalan Reko Sentral, 43000 Kajang, selangor
Siapa Penceramahnya?
 

 

Bengkel ini akan dikendalikan oleh saya sendiri SLP Aishah dan Terapis carakerja OT Pn. Liyana
 
 
 
Noraishah Kassim
Patologis Pertuturan Bahasa
 
 
 
Liyana Raya
Terapis Carakerja
Bagaimana Mendaftar?
Ikut langkah-langkah berikut untuk pendaftaran :
  1. Buat pembayaran ke akaun seperti yang tertera di atas.
  2. Hantarkan slip bayaran ke 012-2947272 atau emailkan ke aishahkassim@gmail.com
  3. Sertakan juga maklumat peserta seperti NAMA, NO TELEFON dan EMAIL
  4. Tentatif dan maklumat bengkel akan dihatar ke telefon atau email anda
  5. Datang ke bengkel pada tarikh dan masa yang ditetapkan

 

ATAU
 
Hubungi 012-2947272 (SLP Aishah) untuk keterangan lanjut.

About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

COMMENTS

  • <cite class="fn">Nur Hanis binti Johar Amin</cite>

    Assalamualaikum.
    Saya Hanis berasal daripada Johor Bahru, Johor.
    Saya merupakan guru di sebuah NGO Calvary Miracle Centre (Sekolah untuk Down Syndrome).
    Saya dan beberapa guru berminat untuk menyertai bengkel ini.
    Boleh saya dapatkan detail bengkel di Johor Bahru seperti lokasi bengkel, tarikh dan bayaran?
    Terima Kasih.