5 Tips Untuk Melatih Kanak-kanak Belajar Bercakap

Sebagai ibu bapa, saat anak anda menuturkan perkataan pertama adalah waktu yang sangat dinantikan. Sudah tentu keletah anak bercakap dapat mendatangkan perasaan yang membahagiakan kepada anda semua. Kanak-kanak sepatutnya mula bercakap seawal umur satu tahun lagi dan akan mula menguasai hampir 50 kosa kata ketika mencecah umur 2 tahun.


Stimulasi awal, seawal umur satu tahun adalah kunci utama untuk melatih kebolehan kanak-kanak bercakap. Stimulasi awal bermaksud rangsangan bahasa awal yang diberikan untuk membantu anak mempelajari bahasa.
Ibu bapa perlu bijak mengambil peluang semasa bernteraksi dengan anak untuk melatih mereka bercakap. Pilih permainan yang sesuai serta aktivti yang menarik untuk meningkatkan daya tumpuan kanak-kanak pada stimulasi yang diberikan.
Di sini saya akan berkongsi 5 TIPS penting untuk melatih anak anda untuk belajar bercakap.
1. Sebut perkataan berulang kali
Sebut perkataan berulang kali terutama perkataan yang baru diajar.  Ulang perkataan dalam situasi dan konteks yang berbeza. Pengulangan adalah salah satu cara untuk membantu anak memahami dan mengingati perkataan yang diajar.
2. Lakukan pengembangan ayat
Pengembangan ayat adalah salah satu kaedah untuk mengajar anak menghasilkan ayat yang lebih panjang. Ia dilakukan dengan meniru perkataan/ ayat yang dihasilkan dan menambah satu atau dua perkataan untuk menjadikan ayat lebih panjang.
3. Gunakan intonasi yang menarik
Beri penekanan pada perkataan yang disebut dengan menggunakan memek muka yang jelas, serta intonasi yang menarik. Ubah intonasi anda dengan menekankan sesetengah bunyi atau gunakan suara berlagu (sing song voice) untuk menarik minat anak.
4. Mengikut akviti yang dipilih oleh anak
Peka pada minat anak dan beri peluang kepada mereka untuk memilih aktiviti yang dikehendaki.  Ingat! Pembelajaran bahasa adalah pengalaman yang menyeronokkan dan menggembirakan. Aktviti yang menarik dapat meningkatkan tumpuan dan kerjasama anak semasa mempelajari bahasa
5. Perhatikan respon yang ditunjukkan oleh anak
Ibu bapa perlu peka pada respon yang diberikan oleh anak. Perhatikan dan  tunggu respon semasa berinteraksi dengan mereka. Sebut  / ulang perkataan / lakukan pengembangan ayat sebagai sebagai tindakbalas apabila anak menyebut bunyi atau perkataan. Beri penghargaan atau pujian pada setiap respon betul yang diterima.

Mulakan langkah pertama untuk berinteraksi dengan anak anda. Jadikan interaksi bersama anak satu amalan harian dan ia secara tidak langsung dapat merangsang pembelajaran bahasa mereka.
Selamat Mencuba!

Terapis pertuturan anda,

Marina Malek

About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

Leave a Comment