Pelat atau Normal: Proses Fonologi Pada Kanak-kanak


Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang baru belajar untuk bertutur akan mengalami masalah untuk menyebut setiap bunyi perkataan dengan betul. Setiap proses dan bunyi pertuturan mempunyai julat umur tersendiri untuk kanak-kanak menyebutnya.

Kesalahan sebutan pada bunyi-bunyi perkataan ini dikenali sebagai proses fonologi . berikut adalah jenis-jenis proses fonologi yang biasanya dilakukan oleh kanak-kanak dan umur dimana proses tersebut sepatunya sudah hilang.

Proses Fonologi
Umur Sepatutnya Sudah Hilang
Penghapusan Konsonan Pertama (First Consonant Deletion)
Proses ini terjadi apabila kanak-kanak tidak menyebut bunyi pertama perkataan. Sebagai contoh:
  • Baju -> aju
  • Makan -> akan
  • Lapar -> apar

Proses ini biasanya sudah hilang pada usia 3 tahun

Penghapusan Konsonan Akhir (Final Consonant Deletion)
Proses ini berlaku apabila kanak-kanak tidak menyebut bunyi akhir perkataan. Sebagai contoh :
  • Bas -> ba
  • Panas -> pana

Proses ini biasanya sudah hilang pada usia 3 tahun

Pendepanan (Fronting)
Proses ini terjadi apabila kanak-kanak menggantikan bunyi yang dibuat di hadapan mulut seperti (p,b,t,d,m) dengan bunyi yang dibuat dibelakang mulut seperti (k,g,ng) sebagai contoh :
  • Kek -> tek
  • Kakak -> tatak
  • Gam -> dam

Proses ini biasanya sudah hilang pada usia 3 tahun


Pengurangan Kluster (Cluster Reduction)
Proses ini terjadi apabila kanak-kanak meninggalkan bunyi pada perkataan yang mempunyai gabungan konsonan yang berturutan. Ia biasanya terjadi pada perkataan-perkataan bahasa inggeris. Sebagai contoh :
  • Brush -> bush
  • Snake -> nake
Proses ini biasanya sudah hilang pada usia 3 tahun 6 bulan ke 4 tahun
Penghapusan Sukukata Lemah (Weak Syllable Deletion)
Proses ini terjadi apabila kanak-kanak menghilangkan suku kata didalam perkataan. Sebagai contoh:
  • Kerusi -> kusi
  • Spaghetti -> ghetti
  • Seluar -> suar

Proses ini biasanya sudah hilang pada usia 3 tahun 6 bulan ke 4 tahun
Pemberhentian (Stopping)
Proses ini terjadi apabila kanak-kanak menggantikan bunyi-bunyi konsonan yang membebaskan udara apabila disebut seperti (f, v, s, z, sh, ch, j) kepada bunyi-bunyi kosnsonan yang menyekat pengaliran udara apabila disebut seperti (p, b, t, d, k, g). sebagai contoh :
  • Satu -> tatu
  • Fan -> pan
  • Zoo -> doo

Proses ini biasanya sudah hilang diantara usia 3 tahun ke 5 tahun bergantung kepada bunyi:
  • f : 3y – 3y6m
  • v,s,z : 4y – 4y6m
  • ch, j : 4y6m – 5y
Gelinciran (Gliding)
Proses ini terjadi apabila kanak-kanak menukar bunyi /r/ dan /l/ kepada bunyi /w/. sebagai contoh :
  • Lori -> lowi
  • Lapar -> wapar

Proses ini biasanya berterusan sehingga 5 tahun ke 6 tahun.
Sekiranya proses-proses fonologi tersebut masih berterusan melebihi julat umur yang sepatutnya, sila rujuk kepada Terapis Pertuturan-Bahasa berhampiran anda untuk penilaian dan nasihat.
SLP Aishah
Rujukan:
Clinical Phonology (p. 229), by P. Grunwell, 1987, Gaithersburg, MD: Aspen Systems Corporation

About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

Leave a Comment