Kenali Simptom: Kelewatan/Kecelaruan Bahasa Penghasilan


Kelewatan atau kecelaruan bahasa penghasilan bermaksud kanak-kanak mempunyai masalah untuk menyampaikan mesej melalui pertuturan,tulisan, bahasa isyarat atau gerak tubuh. Mungkin ada sesetengah kanak-kanak yang agak lambat bercakap berbanding kanak-kanak sebaya sebelum umur 3 tahun tetapi berkembang dengan baik selepas itu. Mereka ini dikenali sebagai “late talker”.

Tetapi ada kanak-kanak yang berterusan mempunya masalah untuk menyampaikan mesej secara verbal akan didiagnos mempunyai masalah kelewatan / kecelaruan bahasa penghasilan atau lain-lain masalah.
Simptom

Kanak-kanak dengan masalah bahasa penghasilan mempunyai kesukaran dengan aspek tatabahasa seperti menggunakan perkataan yang salah didalam ayat dan sukar untuk menyambung perkataan untuk membentuk frasa atau ayat yang panjang. Mereka lazimnya menghasilkan ayat yang pendek berbanding kanak-kanak sebaya dan bilangan kosa kata mereka juga lebih sedikit.
Kanak-kanak dengan masalah penghasilan bahasa biasanya mempunyai keupayaan yang lebih rendah berbanding mereka dalam:

  • Menyambungkan perkataan dan ayat untuk menyampaikan mesej
  • Mencari dan menggunakan perkataan yang sesuai dalam ayat
  • Menggunakan bahasa yang bersesuaian mengikut situasi dan orang yang berbeza (contoh: di sekolah, di rumah, bersama guru atau ibu bapa)

Contoh

  • Kanak-kanak 3 tahun yang bertutur menggunakan perkataan tunggal sahaja 
  • Kanak-kanak 6 tahun yang masih belum pandai menyambungkan ayat dengan menggunakan perkataan seperti “dan, tapi, kalau, sebab” dan sebagainya.


Simptom kanak-kanak dengan masalah bahasa penghasilan spesifik mungkin berbeza dari satu kanak-kanak kepada kanak-kanak yang lain. Ianya juga bergantung kepada umur kanak-kanak dan juga tahap keterukan masalah itu sendiri. Simptom biasa yang ditunjukkan adalah seperti:
  • Kesalahan pada struktur ayat seperti menggunakan perkataan yang salah (adik minum nasi) dan membuat ayat yang tidak lengkap (kucing ikan untuk kucing makan ikan)
  • Menggunak
    an perkataan dan ayat yang kurang berbanding kanak-kanak sebaya
  • Menggunakan ayat yang lebih pendek dan ringkas berbanding kanak-kanak sebaya
  • Mempunyai kosa kata yang lebih asas dan sedikit berbanding kanak-kanak sebaya
  • Sukar untuk mencari perkataan yang sesuai untuk digunakan
  • Menggunakan perkataan yang tidak spesifik seperti “ni”, “tu”
  • Bergantung kepada frasa yang standard dan kekurangan isi di dalam ayat
  • Mengulang semula apa yang di dengar atau ditutur oleh rakan berbual
  • Bercakap secara berulang-ulang dan berpusing-pusing tetapi tidak mencapai kesimpulan
Faktor


Untuk kebanyakan kanak-kanak, faktor penyebab masalah kecelaruan bahasa penghasilan adalah tidak diketahui. Kanak-kanak dengan masalah perkembangan bahasa sahaja didiagnos dengan kecelaruan bahasa spesifik. Selain itu masalah bahasa penghasilan ini berkaitan dengan masalah-masalah yang lain seperti sindrom down, autism, masalah pendengaran dan sebagainya.

Kanak-kanak dengan masalah bahasa penghasilan biasanya juga mempunyai masalah dengan bahasa kefahaman (sukar memahami bahasa). Masalah kecelaruan bahasa penghasilan ini boleh terjadi semenjak dari lahir atau diperolehi disebabkan oleh trauma atau kecederaan. Ada juga sesetengah kes, masalah kecelaruan bahasa ini adalah berkaintan dengan faktor genetik (lebih dari seorang ahli keluarga yang berbeza generasi).
Diagnosis

Jika terdapat masalah-masalah seperti yang disenaraikan, bawalah anak anda berjumpa Speech Therapist berhampiran untuk penilaian dan diagnosis. Ianya penting untuk terapi dan rawatan yang seterusnya. Lebih awal diagnosis adalah lebih baik kerana usia muda adalah usia KRITIKAL kanak-kanak untuk belajar bahasa.
SLP Aishah.


< /span>


About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

COMMENTS

  • <cite class="fn">sazreen safar</cite>

    Assalam. Anak sy berumur 2 tahun 11bln. Tidak boleh bcakap lg. Sy pernah dgr perkataan tertentu seperti aduh, nak. Selebihnye dia bckp bahasa sendiri. Apa sebenarnya mslh anak sy?

Leave a Reply to sazreen safar Cancel reply