- Masih belum menggunakan gesture seperti menunjuk atau melambai tangan untuk bye-bye pada usia 12 bulan
- Menggunakan gesture lebih daripada bercakap pada usia 18 bulan
- Mempunyai masalah untuk meniru bunyi pertuturan pada usia 18 bulan
- Sukar untuk memahami arahan yang mudah
- Hanya dapat meniru sebutan perkataan dan aksi tetapi masih belum menghasilkan perkataan atau ayat secara spontan
- Hanya menyebut bunyi atau perkataan secara berulang-ulang dan tidak boleh menggunakan bahasa verbal untuk berkomu
nikasi untuk menyampai dan memenuhi kehendak - Tidak dapat melakukan arahan mudah yang diberikan
- Mempunyai tone suara yang berbeza (cth: sengau dsbg)
- Pertuturan yang sukar difahami. Ibu bapa atau penjaga biasanya boleh memahami 50% pertuturan kanak-kanak pada usia 2 tahun, dan lebih kurang 70% pada usia 3 tahun. Ketika mencecah usia 4 tahun, kebanyakan pertuturan kanak-kanak boleh difahami oleh ibu bapa dan orang lain.
- Kecelaruan genetic seperti down syndrome, DiGeorge syndrome
- Autism
- Attention deficit hyperactive disorder (ADHD)
- Kelewatan perkembangan
- Kecacatan pendengaran
- < span lang="EN-MY" style="color: black; font-family: Symbol; mso-bidi-font-family: Symbol; mso-bidi-font-weight: bold; mso-fareast-font-family: Symbol; mso-fareast-language: EN-MY;">Kecederaan otak seperti semasa lahir seperti cerebral palsydan Traumatic brain injury
- Specific language impairment
Ibu bapa boleh membanyakkan komunikasi dengan kanak-kanak melalui bermain bersama, menyanyi, bersukan dan sebagainya. Melalui aktiviti-aktiviti ini kanak-kanak mempunyai lebih banyak model untuk ditiru. Galakkan anak-anak untuk meniru aksi dan bunyi-bunyi perkataan. Banyak perbendaharaan kata boleh diajarkan kepada anak-anak melalui aktiviti bersama.
Anda boleh bermula untuk melihat buku dan gambar bersama seawal usia 6 bulan. Pastikan buku yang digunakan adalah sesuai dengan usia kanak-kanak. Anda boleh bermula dengan buku-buku yang mempunyai tekstur yang boleh disentuh dan dirasa oleh kanak-kanak. Buku-buku yang mempunyai gambar yang banyak dan berwarna-warni juga akan membantu menarik minat anak-anak. Anda boleh menunjukkan kepada gambar dan menamakan gambar-gambar tersebut. Seterusnya anda boleh membiarkan anak anda pula untuk menunjuk dan menamakan gambar di dalam buku.
Anda juga boleh menggunakan situasi harian untuk merangsang bahasa dan pertuturan anak-anak. Contohnya, menamakan makanan di pasar raya semasa membeli belah, terangkan apa yang anda lakukan seperti ketika memasak, membersihkan rumah, semas mandi dan sebagainya. Anda juga boleh menunjuk dan menamakan objek di sekeliling rumah, semasa memandu kereta dan sebagainya. Dedahkan juga anak-anak kepada bunyi-bunyi yang berbeza yang ada di persekitaran. Anda boleh bertanya soalan dan menggalakkan anak anda untuk bertanya. Beri respon setiap kali ana anda berkata sesuatu (walaupun mungkin anak anda sukar memahaminya). Gunakan ayat dan perkataan yang ringkas tetapi elakkan dari menggunakan “baby talk”