Anak Tidak Bercakap? Penyelesaian Alternatif.

Kanak-kanak sudah berusia 5 – 10 tahun, tapi masih tidak bercakap atau masih belum boleh menggunakan bahasa verbal untuk berkomunikasi memang tidak patut dibiarkan begitu sahaja. Bagaimana caranya untuk mereka meminta,bagaimana mereka ingin memberitahu apa yang mereka rasa, bagaimana mereka ingin menyampaikan mesej kepada kita jika mereka tidak boleh berkomunikasi secara verbal atau tidak verbal?

Alternatif

Komunikasi itu luas, terdapat pelbagai cara dan alatan yang boleh digunakan untuk berkomunikasi. Bukan hanya bergantung pada bercakap sahaja. Dengan teknologi yang canggih, tidak mustahil kanak-kanak yang tidak bercakap boleh berkomunikasi dengan baik.

Apa yang anda akan belajar dalam bengkel ALTERNATIF ini?

  • Apa itu komunikasi dan kepentingannya
  • Jenis-jenis komunikasi
  • Apakah penyelesaian alternatif bagi kanak-kanak yang tidak bercakap
  • Jenis-jenis komunikasi alternatif
  • Teknologi terkini bagi komunikasi alternatif
  • Pemilihan komunikasi alternatif yang sesuai dengan anak anda

Siapa yang boleh hadir ke bengkel ini?

Ibu bapa, guru atau penjaga yang mempunyai / mengajar kanak-kanak dengan masalah:

  • Autism (non verbal)
  • Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
  • Global Developmental Delay (GDD)
  • Down Syndrome
  • Ibu bapa dengan kanak-kanak yang belum bercakap
mm

About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

Leave a Comment