Mengajar Kosa Kata (Vocabulary) Kepada Kanak-kanak: Skill Asas Speech Therapy Di Rumah

Dalam proses pembelajaran bahasa, kosa kata (vocabulary) merupakan elemen yang sangat penting. Kosa kata bermaksud, perkataan bermakna yang difahami dan dihasilkan oleh kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis kosa kata yang kanak-kanak perlu pelajari, contohnya seperti

  1. Kata nama (orang, objek, tempat)
  2. Kata kerja (perbuatan)
  3. Konsep (saiz, warna, sifat)
  4. Preposisi (kedudukan)

Kosa-kosa kata ini adalah perkataan asas bagi kanak-kanak untuk berkomunikasi secara berkesan. Ia juga merupakan asas kepada pembentukan ayat untuk kanak-kanak berbual dan bercerita. Kanak-kanak akan mempelajari perkataan secara berperingkat, sedikit demi sedikit setiap hari. Bilangan perkataan yang mereka pelajari adalah bergantung kepada jumlah rangsangan yang diterima oleh mereka.
Apabila anda mengajar perkataan pada kanak-kanak, ada beberapa perkara dan steps yang anda boleh ikuti:

STEP #1: PILIH PERKATAAN YANG SESUAI UNTUK DIAJAR

Apabila anda mengajarkan perkataan kepada kanak-kanak, adalah lebih berkesan jika anda fokus kepada perkataan-perkataan penting dan akan digunakan oleh kanak-kanak untuk waktu semasa.
Contohnya, untuk kanak-kanak berusia 2 tahun, apakah perkataan yang akan digunakan oleh mereka. Sudah semestinya lah objek-objek yang mereka akan guna, makanan yang mereka suka, pakaian mereka, mainan mereka, orang-orang yang rapat dengan mereka, perbuatan yang merka lakukan setiap hari. Jadi itulah perkataan yang patut diajarkan pada mereka. Jadi mereka boleh menggunakan perkataan tersebut untuk perbualan harian mereka.

Sebagai contoh, anda ingin anak anda untuk meminta makanan yang dia mahu, jadi anda boleh mengambil nama makanan yang disukainya (cth: roti, nasi, ayam, susu etc) dan dijadikan perkataan target anda. Perkataan inilah yang akan anda ulang sebanyak mungkin untuk kanak-kanak faham dan ingat.

STEP #2: BANTU ANAK ANDA UNTUK FAHAM DULU

Sebelum anda ingin anak anda untuk menyebut perkataan/bercakap, pertama sekali anda mesti pastikan anak anda faham terlebih dahulu perkataan tersebut. Bagaimana caranya?.. Mudah sahaja, anda boleh meminta anak anda untuk menunjuk/mengambil objek yang anda sebutkan. Berikut adalah beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan untuk menggalakkan anak anda untuk faham:

  1. Tunjukkan objek dan sebut nama objek bila-bila sahaja.. contoh ada kucing lalu di jalan. Tunjukkan kucing pada anak dan sebutkan “tengok tu kucing, ada kucing, kucing”. Atau di rumah ada buku atas meja, tunjukkan pada buku dan sebutkan “tu buku, ada buku”. Ulang perkataan tersebut untuk memudahkan anak ingat dan faham.
  2. Letakkan 2/lebih objek di depan kanak-kanak dan tanyakan “mana ____ ?”. Puji anak dan beri ganjaran (cth: mainan) jika mereka menunjuk dengan betul. Mulakan dengan bilangan objek yang sedikit dulu, kemudian baru naikkan bilangan objek
  3. Baca buku, atau cetak gambar dari google. Tunjukkan gambar dan anda namakan.

Bila mengajar anak untuk faham, pengulangan mesti banyak kali. Barulah anak akan ingat dan simpan untuk digunakan nanti.

STEP #3: AJAR UNTUK SEBUT KOSA KATA

Apabila anak sudah faham (contoh boleh menunjuk kepada objek yang diminta, melakukan aksi yang diminta), sekarang tibalah masanya untuk menyebut pula. Berikut adalah beberapa aktiviti untuk anda menggalakkan anak anda untuk menyebut perkataan:

  1. Untuk permulaan anda boleh meminta anak anda untuk meniru sebutan anda terlebih dahulu. Tunjukkan objek/gambar dan sebutkan pada mereka. Berikan sedikit masa untuk mereka meniru sebutan anda. Jika anak meniru (walaupun bunyi tidak sama dengan anda), berilah pujian atau hadiah seperti mainan atau makanan yang mereka suka.
  2. Bila anak dan banyak meniru sebutan anda, langkah seterusnya adalah untuk anak menyebutnya secara spontan pula. Tunjukkan gambar/objek pada anak dan tunggu sebentar/tanyakan “apa ni?”. Jika anak tidak menjawab, anda perlu beri jawapan dan biarkan anak meniru sebutan anda.
  3. Jika anda ingin anak anda menghasilkan perkataan atau nama objek yang mereka suka dan sangat inginkan, anda boleh meletakkan objek tersebut jauh dari capaian mereka. Minta mereka menyebutnya terlebih dahulu sebelum anda memberikan objek tersebut. Sebagai contoh, perkataan susu. anda boleh memberi bantuan pada anak anda dengan memberi bunyi awal perkataan seperti “su__”.

Ulang proses ini sehingga anak anda dapat menyebut secara spontan. Tapi perlu diingat, jangan terlalu fokus untuk anak anda menyebut sahaja, anda juga perlu meningkatkan bilangan kosa kata mereka untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa dengan baik especially bila nak buat ayat nanti.

#speechtherapy #anaklambatcakap #aishahkassim

About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

COMMENTS

Leave a Comment