Anak Cepat Cakap: Gabungan Teknik Stimulasi Bahasa dan Bermain

Seronok kan bila tengok anak cepat bercakap, petah lagi. Pot pet pot pet macam orang tua. Bila Nampak lambat bercakap je, ramai ibu bapa akan mula risau. Ada sesetengah kanak-kanak belajar bercakap tanpa disuruh. Sedar-sedar dah pot pet pot pet. Tapi ada sesetengah yang perlukan lebih rangsangan dan usaha untuk belajar bercakap.

Anak Cepat Cakap

Sebenarnya kemahiran bercakap boleh dirangsang dari awal. Banyak teknik-teknik stimulasi bahasa yang boleh dilakukan untuk membolehkan kanak-kanak lebih mudah untuk menerima dan mempelajari bahasa. Tak kurang juga dengan bermain. Kanak-kanak banyak belajar melalui bermain kerana semasa bermain mereka akan mendapat pengalaman dan dari situ mereka akan belajar perkara-perkara baru.
Jadi, kombinasi kedua-dua teknik ini iaitu teknik stimulasi bahasa dan kemahiran bermain akan meletopkan kemahiran kanak-kanak untuk bercakap.
Adakah anda mahu anak anda cepat bercakap? Adakah anda mahu mempelajari teknik ini? Mari sertai bengkel yang kami anjurkan ini.
 

Apa Yang Akan Dipelajari

  • Apa itu stimulasi bahasa
  • Belajar menjadi ibu bapa yang menggalakkan anak untuk bercakap
  • Teknik-teknik yang memang akan membuatkan anak anda hendak bercakap
  • Apa itu bermain
  • Kemahiran-kemahiran yang boleh dipelajari dengan bermain
  • Bagaimana memilih mainan yang sesuai mengikut umur
  • Bagaimana menggabungkan teknik stimulasi bahasa dengan teknik bermain

 

Siapa Yang Sesuai Hadir?

Semua Ibu bapa, guru atau penjaga kanak-kanak sangat sesuai untuk hadir, kerana teknik ini bukan sahaja boleh diguna pakai dengan anak-anak istimewa tapi juga anak-anak normal pun sangat sesuai.
 

Siapa Yang Sesuai Untuk Hadir?

Ibu bapa/guru/penjaga yang mempunyai:

  • Anak yang pelat dan sukar difahami pertuturannya
  • Anak yang mempunyai masalah menyebut sesetengah bunyi

 

Jadual Bengkel

Tekan Daftar untuk mendaftar.

Lokasi Tarikh  Status
 Batu Caves, Kuala Lumpur  30 April 2016  – Daftar –  

 
 

mm

About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

Leave a Comment