Bermain & Belajar (0 – 6 bulan)


Bayi yang baru lahir akan melakukan sesuatu pergerakan disebabkan oleh reflex contohnya seperti bayi akan secara automatik menggenggam jari kita apabila diletakkan di tapak tangan mereka. Tetapi apabila mencecah umur 3 bulan, kebanyakan reflex akan mula hilang. Bayi mula melakukan pergerakan dengan tujuan tertentu.


Mereka akan belajar dan meneroka persekitaran sekeliling melalui deria mereka. Oleh itu permainan-permainan yang melibatkan sensori akan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik.

Berikut adalah beberapa contoh permainan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama bayi :
UMUR
KEMAHIRAN BERMAIN
CONTOH MAINAN
0 – 6 Bulan
·  Bayi belajar membentuk hubungan dengan orang sekeliling terutama ibu.
·  Anda sendiri
o  Berinteraksi dengan bayi dengan menggunakan pelbagai intonasi. Lakukan hubungan mata semasa mennyusu, menukar lampin dan sebagainya
·  Bayi mengenal dan belajar melalui deria. Merasa, mendengar dan melihat.
·  Rattles dengan pelbagai warna yang terang dan kontra (cth: merah, putih, biru) dan berbunyi (loceng dsbgya)
o  Gerakkan rattle dihadapan mata anak anda dengan perlahan. Lihat samaada anak anda boleh mengikut pergerakan objek dengan mata. Gerakkan ke kiri, kanan, atas, bentuk bulatan dan sebagainya. Bunyikan rattle untuk menarik perhatian
·  Bayi sudah boleh melihat dan cuba untuk mencapai objek yang berdekatan. Ini membantu bayi untuk meningkatkan kemahiran koordinasi tangan dan mata.
·  Jari anda, muka, hidung dsbgnya
·  Rattles yang mudah diambil dan dipegang
o  Berikan rattle/objek dan biarkan bayi mencapainya dengan sendiri. Tunjukkan cara bermain seperti menggicang dan sebagainya.
·  Mainan yang digantung (cth: Hang toys)
o  gantungkan pada katil, stroller dan sebagainya dan membolehkan bayi mencapai dan memegang objek
·  Bayi suka memasukkan objek ke dalam mulut untuk meneroka objek sekeliling. Ini membantu mereka untuk mengenal objek dengan lebih baik seperti saiz, tekstur, rasa dan sebagainya. Ia juga dapat mengurangkan kesakitan ketika gigi sedang tumbuh
·  Teether, rattle, blocks, dan mainan yang selamat untuk dimasukkan ke dalam mulut dengan pelbagai tekstur yang berbeza.
o  Berikan objek untuk dimasukkan ke dalam mulut. Lihat bagimana bayi merasa dan meneroka mainan tersebut. Pastikan mainan kerap di basuh.


SLT Aishah

About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

Leave a Comment