Mahu Anak Berjaya di Sekolah? Pastikan Anak PHD Skill Ini Dahulu!

Skill apa sebenarnya kita nak prepare untuk anak pergi sekolah dan dapat menguasai akademik dengan baik.. Adakah boleh menyebut abc? Atau mengira 123? Atau menghafal warna dan bentuk?

Memang tidak dinafikan bahawa kita boleh menjangka kebolehan kanak-kanak untuk membaca daripada kebolehan mereka mengenal huruf. Sama juga seperti kebolehan 3M kanak-kanak ditadika boleh menjadi kayu ukur yang kanak-kanak akan menguasai subjek di sekolah dengan baik.
Tapi cuba bayangkan, ada tak skill yang memberi kesan yang lebih besar pada kejayaan kanak-kanak di sekolah. Skill yang akan menjadikan dasar kepada kejayaan kanak-kanak dalam pelbagai bidang-bidang lain lagi selain akademik semata-mata.

Ya. Memang ada.. dan ianya hanya di depan mata kita sahaja. Kajian terbaru yang dilakukan mendapati bahawa, bahasa bukan sahaja berperanan untuk bercakap sahaja, tetapi ianya kunci kepada perkembangan kemahiran-kemahiran penting yang lain. Kebolehan berbahasa kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan boleh melambangkan kebolehan mereka untuk menguasai kemahiran 3M dan juga memberi kesan kepada kemahiran sosial mereka.

Bagaimana Bahasa Memberi Kesan Kepada Skill Lain?

Mudah sahaja.. Kita hanya perlu lihat bahasa sebagai “peralatan” untuk kanak-kanak belajar. Sebagai contoh, kemahiran memahami bahasa. Kita perlu menggunakan kefahaman yang baik untuk memahami pengajaran guru, memahami apa yang dibaca dan didengar dan juga memahami konsep nombor untuk belajar matematik. Tanpa kefahaman, semuanya akan jadi tidak bermakna.

Skill bahasa yang lain pula adalah kemahiran menghasilkan bahasa. Kita perlu menggunakan bahasa untuk mengekspresikan pemikiran kita dan membentuk hubungan dengan orang lain yang mana ianya penting untuk perkembangan sosial kanak-kanak.
Disebabkan itulah kita dapat lihat kanak-kanak dengan masalah lambat bercakap atau speech delay akan mengalami kesukaran dan terpaksa begelut untuk belajar subjek-subjek di sekolah dan juga untuk bersosial dengan orang lain.

Jadi pembelajaran bahasa semasa kecil lagi memainkan peranan yang sangat penting untuk persediaan anak-anak menghadapi alam persekolahan yang semakin mencabar kini. Dasar bahasa yang kuat akan membuka pintu-pintu kejaaan kanak-kanak dalam pembelajari pelbagai skill bukan sahaja dalam akademik, mahal dalam perkara-perkara lain dalam kehidupan mereka.
Aishah Kassim
Speech Pathologist

About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

Leave a Comment