Menunjuk – Kemahiran Awal Bahasa & Komunikasi Kanak-Kanak

Menunjuk, bukan sekadar kelakuan bayi sahaja, tapi ianya merupakan perkara yang besar dalam perkembangan mereka

Bila bayi mula menunjuk?

Bayi mula menunjuk di antara usia 7-15 bulan. Pada permulaan bayi menunjuk menggunakan keseluruhan tangan, tangan dalam 3 bulan selepas itu, mereka akan mula menunjuk menggunakan jari penunjuk pula.

Kenapa tunjuk?

Ada 2 sebab kenapa bayi menunjuk:

  1. Untuk meminta sesuatu – Sebagai contoh, mereka inginkan sesuatu yang sukar mereka dapatkan, seperti biskut di atas rak yang tinggi
  2. Untuk menarik perhatian – Sebagai contoh mereka menunjuk kepada objek yang mereka minat sepeti “kucing” atau orang yang lalu dihadapan mereka contohnya “bapa”

Kenapa penting?

Kelakuan menunjuk adalah tanda bayi telah memperolehi sebahagian kemahiran sosial dan komunikasi. Ini menunjukkan bayi boleh mendapatkan perhatian dari orang lain, menghantar mesej dan mempengaruhi aksi atau kelakuan orang lain kepada apa yang mereka tunjuk (dengan seluruh tangan atau jari).
Selain itu, menunjuk juga penting kerana ia membolehkan ibubapa atau orang dewasa bercakap mengenai perkara yang ditunjuk oleh bayi. Apabila bayi menunjuk, ia akan menggalakkan orang dewasa untuk melabel objek/orang yang diminati oleh bayi, dan ini akan membantu mereka untuk mempelajari perkataan.

Kemahiran meunjuk sangat berkait dengan perkembangan bahasa bayi dan kanak-kanak. Kajian menunjukkan bayi yang cepat menunjuk akan mempunyai kemahiran bahasa yang lebih baik untuk masa akan datang.

Bagaimana menggalakkan bayi menunjuk?

Satu cara yang paling baik dilakukan adalah dengan menunjukkan cara menunjuk dan sebab menunjuk pada bayi. Bayi akan mula memahami fungsi menunjuk apabila ibubapa menggunakan kemahiran tersebut dalam aktiviti harian mereka. Pada permulaan, anda boleh menunjuk kepada objek yang dekat dahulu seperti mainan, orang atau objek yang berhampiran atau tidak dapat dicapai. Kemudian, ibubapa boleh cuba menunjuk kepada objek yang lebih jauh pula seperti sesuatu yang menarik di luar rumah atau seberang jalan.
Menunjuk adalah kelakuan awal bayi yang mengujakan ibubapa. Ia sebenarnya menunjukkan yang bayi berfikir dan memberikan cara baru untuk berkomunikasi sebelum mereka boleh menyebut perkataan. Ia merupakan kemahiran yang sangat penting dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak dan ia juga boleh dijadikan sebagai tanda yang bayi/kanak-kanak berada dalam peringkat yang betul dalam perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.

Dapatkan nasihat dari professional sekiranya anak anda masih lagi belum menunjuk.

About Aishah Kassim

"Knowledge is Never a Waste" Kepakaran saya adalah dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran BERKOMUNIKASI bagi KANAK-KANAK dan orang DEWASA. Bersama-sama berkongsi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN..:)

Leave a Comment