“Bagaimana nak buat terapi di rumah?”
“Kalau saya nak ajar je, anak saya lari.”
“Saya ajar anak saya tapi anak saya merengek.”
Itulah antara respon atau komen ibu bapa berikan apabila saya minta ibu bapa untuk praktis di rumah segala teknik yang telah diajar. Ibu bapa digalakkan bermain dengan kanak-kanak kerana anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga berbanding di pusat terapi. Namun, anda perlu ingat! Kadangkala terapi di rumah akan terganggu jika tidak mengambilkira faktor-faktor kecil yang diluar jangkaan ibu bapa. Pelbagai faktor akan mempengaruhi pembelajaran anak-anak.
Antara perkara-perkara yang perlu dititik beratkan oleh ibubapa semasa melakukan terapi di rumah adalah seperti:
-
Kedudukan meja dan kerusi / tempat belajar
Persekitaran ceria, selamat dan yang paling penting tidak menganggu terapi anda. Sebagai contoh, susun atur meja kerusi. Anda perlu letak meja dan kerusi ditempat yg sesuai. Bukanlah di depan tv! Ini kerana anak-anak pasti akan terganggu dan tidak boleh fokus terhadap apa yang diajar.
-
Kedudukan ibubapa dan anak
Kedudukan anda juga memainkan peranan penting. Anda perlu duduk dalam kedudukan L shape atau berhadapan dengan anak. Seterusnya, anda perlu memastikan “eye level postion” sepanjang membuat terapi. Sebagai contoh, jika anak anda duduk di atas kerusi kecil. Anda mungkin boleh duduk di atas lantai supaya anda selaras dengan level mata anak. Anda juga boleh duduk di atas kerusi, Tetapi anda perlu merendahkan posisi badan supaya sentiasa bertentangan dengan level mata anak semasa bermain. Jika anak yang suka bergerak atau “poor sitting behaviour”. Anda boleh mencuba cara “block”. Letak meja dan kerusi anak di penjuru bilik supaya anda boleh mengawal kedudukan anak. Jika anda tidak menggunakan meja kerusi, pilih kawasan yang tidak mempunyai barang yang boleh mengganggu fokus anak-anak. Anda juga harus mempraktikkan “eye level position” walaupun semasa membuat aktiviti di atas lantai.
-
Kawal mainan yang diberikan pada anak
Seterusnya, kawal mainan yang ingin anda gunakan. Objek (mainan) yang ingin diajar haruslah dikeluarkan satu-persatu. Tidak perlu mengeluarkan mainan banyak sekaligus. Hal ini dapat mengalih tumpuan anak-anak. Sorok mainan yang tidak perlu. Sorok juga semua benda yang mampu mengalihkan focus anak anda. Sebagai contoh, gadjet (hp), makanan atau minuman (susu). Walaupun nampak remeh. Percaya lah. Perkara ini mampu mengalihkan fokus anak dalam sekelip mata.
-
Mood Anak
Hal yang paling penting. MOOD ANAK! Pastikan anak anda berada dalam keadaan kenyang atau cukup makan. Mereka juga harus mendapatkan tidur yang cukup. Seperti kita juga, kalau ingin belajar juga perlukan mood yang baik. Inikan pula kanak-kanak yang sangat mudah meragam. Jika keinginan mereka tidak dipenuhi bagaimana mereka ingin memenuhi keinginan kita.
[…] SUMBER: AishahKassim […]
[…] SUMBER: AishahKassim […]