Pemakanan Sihat Untuk Kanak-kanak

Topik ini nampak mudah bukan? Namun tidak semua ibu bapa berjaya membentuk corak pemakanan yang sihat untuk anak mereka. Lihat sahaja persekitaran masa kini; terdapat pelbagai makanan dan minuman ringan yang tidak berkhasiat di samping iklan makanan ringan yang mengeksploitasi karakter kegemaran telah menarik perhatian kanak-kanak untuk membelinya. Makanan dan minuman yang mudah di dapati di pasaran ini mengandungi gula dan garam yang berlebihan dan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang buat si kecil ini. Oleh itu, pemakanan sihat penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan ibu bapa merupakan individu paling penting bagi menangani isu ini.

Pemakanan seimbang adalah pemakanan paling terbaik buat mereka kerana ia merupakan kombinasi makanan yang membekalkan nutrien yang seimbang. Dalam mengekalkan kesihatan diri, nutrien seimbang boleh di capai dengan mengambil pelbagai jenis makanan yang berkhasiat.
Piramid makanan Malaysia merupakan panduan untuk mengambil jenis dan jumlah makanan yang di ambil secara seimbang dalam membekalkan sumber makanan yang berkhasiat. Ianya terdiri daripada 4 aras yang mewakili kumpulan makanan yang berbeza. Ibu bapa boleh menjadikan piramid makanan Malaysia sebagai panduan pemakanan bagi memastikan makanan yang di ambil itu seimbang dan berkhasiat buat anak-anak.

3 makronutrien yang penting seperti karbohidrat, protein dan lemak membekalkan tenaga kepada kanak-kanak. Vitamin dan mineral pula merupakan mikronutrien yang penting dalam memastikan fungsi tubuh berfungsi secara baik. Kesemua makronutrien dan mikronutrien ini boleh di dapati daripada sumber makanan seperti dalam piramid makanan ini:

Aras 1 : Nasi, Mi, Roti, Bijirin, Produk bijirin dan ubi-ubian

Makanan di dalam aras ini merupakan sumber karbohidrat yang memberi tenaga buat anak-anak. Tenaga penting agar kanak-kanak dapat menumpukan perhatian semasa belajar dan juga bermain. Kini, kebiasaannya kanak-kanak mendapat tenaga daripada sumber makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan dan minuman ringan yang mengandungi gula ringkas yang tinggi. Oleh itu berikan sumber makanan yang berkhasiat untuk bekalan tenaga buat mereka.

Aras 2 : Buah-buahan dan sayur-sayuran

Lumrah buat kanak-kanak tidak meminati sayur-sayuran dan kadangkala buah-buahan kerana rasanya yang pahit dan juga tidak mempunyai rasa. Ibu bapa perlu kreatif menyediakan menu makanan anak-anak agar mereka timbul rasa minat terhadap sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini kerana sayur dan buah terdiri daripada pelbagai warna di mana setiap satunya memberi vitamin dan mineral yang penting untuk membantu tumbesaran mereka dan meningkatkan imuniti diri daripada sebarang penyakit.

Aras 3 : Kumpulan Ikan, Ayam, Daging, Telur dan Kekacang & Kumpulan Susu dan produk tenusu

Makanan dari aras ini merupakan sumber protein yang membantu tumbesaran kanak-kanak. Sebagai contoh pengambilan ikan, ayam, daging, telur dan kekacang mempunyai protein yang berfungsi dalam menguatkan otot dan tulang kanak-kanak. Susu dan produk tenusu yang merupakan sumber kalsium membantu dalam tumbesaran gigi dan tulang mereka. Oleh itu jangan sesekali abaikan pengambilan makanan dalam aras ini.

Aras 4 : Lemak, Minyak, Gula dan Garam

Ibu bapa perlu mengawal jumlah lemak, minyak, gula dan garam dalam pengambilan makanan anak-anak lebih-lebih lagi makanan ringan dan juga makanan terproses. Ya, kanak-kanak masih perlukan amaun lemak, minyak, gula dan garam namun ibu bapa harus memastikan ia hanya dalam kuantiti yang sedikit dan tidak terlalu kerap mengambil makanan dan minuman yang tinggi gula dan garam.

Kesimpulannya amat mudah untuk membaca namun sukar untuk di praktikkan kerana pelbagai cabaran dan halangan seperti anak-anak tidak mahu makan makanan yang ibu bapa sediakan, anak-anak lebih gemar mengambil makanan ringan dan terproses kerana lebih sedap, dan juga anak-anak tidak di dedahkan dengan pelbagai makanan sihat dan berkhasiat seperti yang telah diterangkan di atas. Ibu bapa harus kuat dalam menangani isu ini kerana tanpa ibu bapa pemakanan anak tidak terjaga dan akan menganggu kesihatan mereka. Bantulah anak-anak anda sebelum terlambat!

mm

About Amalina Izati

“Lost opportunities, lost possibilities, feelings we can never get back. That’s part of what it means to be alive. But inside our heads – at least that’s where I imagine it – there’s a little room where we store those memories. A room like the stacks in this library. And to understand the workings of our own heart we have to keep on making new reference cards. We have to dust things off every once in awhile, let in fresh air, change the water in the flower vases. In other words, you’ll live forever in your own private library.” – Haruki Murakami, Kafka on the Shore

COMMENTS

Leave a Reply to Fisya Cancel reply