Kanak-kanak memang dilahirkan dengan keupayaan untuk belajar Bahasa. Tetapi mestilah ada input yang diberikan untuk mereka belajar. Belajar menyebut dan menggunakan Bahasa adalah satu kebolehan yang berbeza. Anak-anak yang boleh menyebut, belum tentu boleh menggunakan Bahasa tersebut dalam persekitaran. Jadi pembelajaran Bahasa bukan sahaja untuk anak menghafal perkataan tapi ianya lebih kepada FAHAM, INGAT, GUNA. Untuk memperolehi kesemua kemahiran ini kanak-kanak perlu belajar Bahasa dengan manusia juga kerana hanya manusia sahaja yang boleh menggunakan Bahasa…
Read More