Pusat Ilmu / Bahasa & Pertuturan
Anak Bercakap Tapi Tak Berkomunikasi… Apa Nak Buat?
Anak pandai sebut nama objek, tetapi susah nak meminta atau berbual? Mari saya terangkan bagaimana aktiviti mengambil giliran boleh membuka ruang komunikasi dua hala.
Editorial AKA · Dikemas kini 10 November 2026 · 3 minit membaca
Dalam artikel ini

Tulisan asal: Aishah Kassim · Disunting semula untuk Pusat Ilmu pada 10 November 2026.
Anak boleh menamakan objek, tetapi susah nak berbual
Anak pandai sebut nama objek tetapi tak pandai mintak, tak pandai tanya dan jawab soalan, tak pandai ikut arahan dan macam-macam lagi. Kenapa ini terjadi?
Bertanya dan menjawab soalan, meminta serta berbual melibatkan komunikasi dua hala. Menamakan objek dan menggunakan perkataan untuk berkomunikasi ialah kemahiran yang berbeza. Mari saya terangkan bagaimana kemahiran mengambil giliran boleh membantu kita menyediakan peluang berinteraksi. Ia satu bahagian daripada komunikasi; setiap anak mungkin memerlukan sokongan yang berbeza.
Sama ada kita sedar atau tidak, apabila kita berkomunikasi contohnya seperti ketika berbual, kita sebenarnya sedang mengambil giliran untuk bercakap. Contohnya seperti:
Seorang bercakap dan yang lain akan mendengar
Seorang bertanya soalan dan seorang menjawab soalan
Seorang tunjuk dan seorang melihat
Jadi samalah juga seperti kita, kemahiran mengambil giliran adalah penting untuk kanak-kanak berkomunikasi. Tapi bagi kanak-kanak, mereka perlu belajar perkara asas dalam kemahiran mengambil giliran. Antara contoh-contoh kemahiran mengambil giliran adalah seperti berikut:
Semasa bermain bola, kita membaling bola pada kanak-kanak dan mereka membalingnya kembali pada kita
Beratur dan menunggu giliran untuk membasuh tangan
Bergilir-gilir meletakkan barang di dalam bekas
Memasukkan bola ke dalam bakul secara bergilir-gilir
Berkongsi mainan seperti puzzle dan memasukkannya secara bergilir
Dan macam-macam perkara atau aktiviti yang mereka boleh lakukan secara bergilir.
Kemahiran mengambil giliran ini boleh melatih kanak-kanak untuk menunggu dan memberi respons pada sesuatu (situasi, perbualan dan aktiviti) dan juga penting untuk mereka belajar berkongsi
Bagaimana mengajar anak mengambil giliran
Lakukan aktiviti yang melibatkan giliran seperti:
Bermain bola — gulingkan bola lembut kepada anak dan beri peluang untuk dia menggulingkannya kembali. Tunjukkan contoh jika dia belum tahu nak buat apa.
Memasukkan bola ke dalam bakul secara bergilir
Meletakkan puzzle secara bergilir
Menyusun blok besar secara bergilir. Pilih saiz mainan yang sesuai dan selamat untuk umur anak.
Memasukkan mainan besar ke dalam kotak secara bergilir. Elakkan objek kecil yang boleh dimasukkan ke dalam mulut.
Bantu anak anda sekiranya mereka tidak tahu untuk melakukannya
Sebut nama mengikut giliran seperti “giliran mama, giliran adik”
Ulang aktiviti dalam peluang bermain yang singkat dan menyeronokkan. Jika anak sudah penat atau tidak selesa, berhenti dahulu dan cuba semula pada waktu lain.
Anda juga boleh menggunakan aktiviti harian seperti mencuci tangan, menyuap makanan dan lain-lain lagi
Kemahiran mengambil giliran memberi peluang kepada anak untuk menunggu, memerhati dan membalas. Mulakan dengan satu permainan yang dia suka. Bila anak membalas dengan gerakan, bunyi atau perkataan, sambut respons itu dan teruskan giliran anda. Jika kebimbangan tentang komunikasi berterusan, dapatkan penilaian ahli terapi pertuturan-bahasa. Selamat mencuba!
Bacaan berkaitan
Menyanyi sambil Ajar Bahasa dan Komunikasi Dua Hala kepada Anak
8 Tips Tarik Perhatian Anak Lambat Bercakap untuk Berinteraksi
Sumber tulisan dan rujukan
Artikel asal: Anak Bercakap Tapi Tak Berkomunikasi… Apa Nak Buat?, tulisan Aishah Kassim.
Rujukan tambahan: ASHA: mengenali kebimbangan pertuturan, bahasa dan pendengaran.
Perkongsian ini untuk pendidikan umum. Untuk kebimbangan khusus tentang perkembangan anak, dapatkan penilaian profesional.
Sumber asal: Aishah Kassim.
PROMOSI AKA
Perlu panduan untuk situasi anak anda?
Kongsi perkara yang anda perhatikan dan tanyakan pilihan sokongan kepada pasukan AKA.
Bacaan seterusnya

Cara Mengajar Kosa Kata kepada Anak: Faham Dulu, Kemudian Guna
Kosa kata bukan setakat nama objek. Saya terangkan 3 langkah memilih perkataan, membantu anak faham dan memberi peluang untuk menggunakannya dalam rutin harian.
