Pusat Ilmu / Bahasa & Pertuturan

Cara Mengajar Kosa Kata kepada Anak: Faham Dulu, Kemudian Guna

Kosa kata bukan setakat nama objek. Saya terangkan 3 langkah memilih perkataan, membantu anak faham dan memberi peluang untuk menggunakannya dalam rutin harian.

Editorial AKA · Dikemas kini 10 November 2026 · 4 minit membaca

Ilustrasi ibu bapa menamakan objek sebenar sambil bermain bersama anak.

Tulisan asal: Aishah Kassim · Disunting semula untuk Pusat Ilmu pada 10 November 2026.

Dalam proses pembelajaran bahasa, kosa kata (vocabulary) merupakan elemen yang sangat penting. Kosa kata bermaksud, perkataan bermakna yang difahami dan dihasilkan oleh kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis kosa kata yang kanak-kanak perlu pelajari, contohnya seperti

Kata nama (orang, objek, tempat)

Kata kerja (perbuatan)

Konsep (saiz, warna, sifat)

Preposisi (kedudukan)

Kosa kata inilah antara asas untuk anak berkomunikasi, membina ayat, berbual dan bercerita. Kanak-kanak mempelajari perkataan sedikit demi sedikit melalui pengalaman dan interaksi harian. Perkembangan setiap anak juga dipengaruhi pelbagai faktor; ia bukan ukuran banyak atau sedikit usaha parents semata-mata.

Step 1: Pilih perkataan yang sesuai untuk diajar

Apabila anda mengajarkan perkataan kepada kanak-kanak, adalah lebih berkesan jika anda fokus kepada perkataan-perkataan penting dan akan digunakan oleh kanak-kanak untuk waktu semasa.
Contohnya, untuk kanak-kanak berusia 2 tahun, apakah perkataan yang akan digunakan oleh mereka. Sudah semestinya lah objek-objek yang mereka akan guna, makanan yang mereka suka, pakaian mereka, mainan mereka, orang-orang yang rapat dengan mereka, perbuatan yang mereka lakukan setiap hari. Jadi itulah perkataan yang patut diajarkan pada mereka. Jadi mereka boleh menggunakan perkataan tersebut untuk perbualan harian mereka.

Sebagai contoh, anda ingin anak anda untuk meminta makanan yang dia mahu, jadi anda boleh mengambil nama makanan yang disukainya (cth: roti, nasi, ayam, susu etc) dan dijadikan perkataan target anda. Perkataan inilah yang akan anda ulang sebanyak mungkin untuk kanak-kanak faham dan ingat.

Step 2: Bantu anak untuk faham

Sebelum terlalu fokus pada sebutan, bantu anak mengenali maksud perkataan itu. Contohnya, tunjukkan objek sambil menyebut namanya, kemudian perhatikan bagaimana anak memberi respons. Kita boleh memperkenalkan kefahaman dan contoh sebutan dalam aktiviti yang sama. Antara idea yang boleh dicuba ialah:

Tunjukkan objek dan sebut nama objek bila-bila sahaja.. contoh ada kucing lalu di jalan. Tunjukkan kucing pada anak dan sebutkan “tengok tu kucing, ada kucing, kucing”. Atau di rumah ada buku atas meja, tunjukkan pada buku dan sebutkan “tu buku, ada buku”. Ulang perkataan tersebut untuk memudahkan anak ingat dan faham.

Letakkan dua objek yang anak kenal dan tanyakan “Mana bola?” Tunggu, kemudian tunjukkan jika anak perlukan bantuan. Mulakan dengan pilihan yang sedikit. Sambut usahanya dengan pujian yang sesuai dan teruskan bermain; tak perlu menjadikan aktiviti ini kuiz yang berulang-ulang.

Baca buku, atau cetak gambar dari google. Tunjukkan gambar dan anda namakan.

Bila membantu anak faham, ulang perkataan dalam situasi yang bermakna. Hari ini nampak kucing di luar rumah, esok nampak kucing dalam buku. Perkataan sama, pengalaman berbeza. Kita memberi anak peluang untuk menghubungkan perkataan dengan maksudnya.

Step 3: Beri contoh sebutan dan peluang menggunakan perkataan

Apabila anak semakin mengenali perkataan, berikan lebih banyak peluang untuk mencuba bunyi atau sebutannya. Gunakan objek dan aktiviti yang dia minat. Berikut beberapa cara yang boleh dicuba:

Untuk permulaan, tunjukkan objek atau gambar dan sebutkan namanya. Beri sedikit masa untuk anak mencuba. Jika dia meniru, walaupun bunyinya belum sama, sambut percubaan itu. Jika dia membalas dengan menunjuk atau menghulurkan tangan, balas juga mesej tersebut sambil memberi contoh perkataan.

Bila anak dah banyak meniru sebutan anda, langkah seterusnya adalah untuk anak menyebutnya secara spontan pula. Tunjukkan gambar/objek pada anak dan tunggu sebentar/tanyakan “apa ni?”. Jika anak tidak menjawab, anda perlu beri jawapan dan biarkan anak meniru sebutan anda.

Untuk perkataan yang anak perlukan, gunakan peluang dalam rutin sebenar. Contohnya, ketika menyediakan susu, sebut “Susu” atau “Nak susu”. Tunggu sekejap untuk memberi ruang kepada responsnya, kemudian teruskan memenuhi keperluannya. Susu, makanan dan keperluan asas tidak perlu dijadikan syarat supaya anak menyebut perkataan dahulu.

Ulang contoh perkataan itu dalam rutin yang sesuai. Tapi perlu diingat, jangan terlalu fokus untuk anak menyebut sahaja. Tambahkan juga jenis perkataan yang dia faham dan gunakan, especially bila nak buat ayat nanti. Matlamat kita ialah anak dapat menyampaikan maksudnya dengan lebih mudah.

Jika parents bimbang tentang kefahaman, pertuturan atau pendengaran anak, berbincang dengan ahli terapi pertuturan-bahasa atau doktor untuk mengetahui sokongan yang sesuai.

Bacaan berkaitan

Anak Faham Arahan Tapi Belum Bercakap? Jom Perhatikan 5 Perkara Ini

Anak Bercakap Tapi Tak Berkomunikasi… Apa Nak Buat?

Sumber tulisan dan rujukan

Artikel asal: Mengajar Kosa Kata (Vocabulary) Kepada Kanak-kanak: Skill Asas Speech Therapy Di Rumah, tulisan Aishah Kassim.

Rujukan tambahan: ASHA: mengenali kebimbangan pertuturan, bahasa dan pendengaran.

Perkongsian ini untuk pendidikan umum. Untuk kebimbangan khusus tentang perkembangan anak, dapatkan penilaian profesional.

Sumber asal: Aishah Kassim.

PROMOSI AKA

Perlu panduan untuk situasi anak anda?

Kongsi perkara yang anda perhatikan dan tanyakan pilihan sokongan kepada pasukan AKA.

Bacaan seterusnya

Ilustrasi ibu bapa berada pada paras anak dan bermain bersama.

8 Tips Tarik Perhatian Anak Lambat Bercakap untuk Berinteraksi

Nak anak seronok berinteraksi dengan kita? Saya kongsikan 8 tips daripada bersemuka dan guna sound effect, hingga menyertai minat serta meniru aksi anak.

Baca artikel →

Ilustrasi anak menunjuk objek menarik sambil ibu bapa memberi perhatian.

Anak Mula Menunjuk: Kemahiran Awal Bahasa dan Komunikasi

Anak tunjuk biskut, kemudian tunjuk kucing di luar rumah. Apa yang dia cuba sampaikan? Jom faham kenapa menunjuk penting dan bagaimana kita boleh membalasnya.

Baca artikel →