Pusat Ilmu / Perkembangan Anak
Anak Mula Menunjuk: Kemahiran Awal Bahasa dan Komunikasi
Anak tunjuk biskut, kemudian tunjuk kucing di luar rumah. Apa yang dia cuba sampaikan? Jom faham kenapa menunjuk penting dan bagaimana kita boleh membalasnya.
Editorial AKA · Dikemas kini 10 November 2026 · 3 minit membaca
Dalam artikel ini

Tulisan asal: Aishah Kassim · Disunting semula untuk Pusat Ilmu pada 10 November 2026.
Menunjuk, bukan sekadar kelakuan bayi sahaja, tapi ianya merupakan perkara yang besar dalam perkembangan mereka
Bila bayi mula menunjuk?
Kemahiran menunjuk berkembang secara berperingkat. Pada mulanya, kita mungkin nampak anak menghulurkan seluruh tangan ke arah sesuatu. Kemudian, dia semakin jelas menggunakan jari atau isyarat untuk menyampaikan maksudnya. Perhatikan bersama kemahiran komunikasi yang lain, dan rujuk panduan perkembangan mengikut usia jika parents ada kebimbangan.
Kenapa tunjuk?
Ada 2 sebab kenapa bayi menunjuk:
Untuk meminta sesuatu – Sebagai contoh, mereka inginkan sesuatu yang sukar mereka dapatkan, seperti biskut di atas rak yang tinggi
Untuk menarik perhatian – Sebagai contoh mereka menunjuk kepada objek yang mereka minat sepeti “kucing” atau orang yang lalu dihadapan mereka contohnya “bapa”
Kenapa penting?
Kelakuan menunjuk adalah tanda bayi telah memperolehi sebahagian kemahiran sosial dan komunikasi. Ini menunjukkan bayi boleh mendapatkan perhatian dari orang lain, menghantar mesej dan mempengaruhi aksi atau kelakuan orang lain kepada apa yang mereka tunjuk (dengan seluruh tangan atau jari).
Selain itu, menunjuk juga penting kerana ia membolehkan ibu bapa atau orang dewasa bercakap mengenai perkara yang ditunjuk oleh bayi. Apabila bayi menunjuk, ia akan menggalakkan orang dewasa untuk melabel objek/orang yang diminati oleh bayi, dan ini akan membantu mereka untuk mempelajari perkataan.
Kemahiran menunjuk berkait dengan perkembangan komunikasi. Bila anak menunjukkan sesuatu, kita mendapat peluang untuk berkongsi perhatian dan memperkenalkan perkataan yang berkaitan dengan minatnya. Satu kemahiran sahaja, bagaimanapun, tidak menentukan keseluruhan perkembangan anak.
Bagaimana menggalakkan bayi menunjuk?
Satu cara yang paling baik dilakukan adalah dengan menunjukkan cara menunjuk dan sebab menunjuk pada bayi. Bayi akan mula memahami fungsi menunjuk apabila ibu bapa menggunakan kemahiran tersebut dalam aktiviti harian mereka. Pada permulaan, anda boleh menunjuk kepada objek yang dekat dahulu seperti mainan, orang atau objek yang berhampiran atau tidak dapat dicapai. Kemudian, ibu bapa boleh cuba menunjuk kepada objek yang lebih jauh pula seperti sesuatu yang menarik di luar rumah atau seberang jalan.
Menunjuk memang antara perkara yang mengujakan ibu bapa. Bayangkan anak belum boleh sebut “kucing”, tetapi dia sudah boleh tunjuk dan mengajak kita melihat kucing itu bersama. Itulah peluang kita membalas, “Ya, kucing! Kucing jalan.” Tunggu juga respons anak selepas kita bercakap.
Jika anak kurang menggunakan isyarat atau parents bimbang tentang perkembangan komunikasinya, dapatkan nasihat ahli terapi pertuturan-bahasa atau doktor. Jika anak kehilangan kemahiran yang pernah ada, maklumkan perkara itu semasa mendapatkan penilaian.
Bacaan berkaitan
8 Tips Tarik Perhatian Anak Lambat Bercakap untuk Berinteraksi
Cara Mengajar Kosa Kata kepada Anak: Faham Dulu, Kemudian Guna
Sumber tulisan dan rujukan
Artikel asal: Menunjuk – Kemahiran Awal Bahasa & Komunikasi Kanak-Kanak, tulisan Aishah Kassim.
Rujukan tambahan: ASHA: mengenali kebimbangan pertuturan, bahasa dan pendengaran.
Perkongsian ini untuk pendidikan umum. Untuk kebimbangan khusus tentang perkembangan anak, dapatkan penilaian profesional.
Sumber asal: Aishah Kassim.
PROMOSI AKA
Perlu panduan untuk situasi anak anda?
Kongsi perkara yang anda perhatikan dan tanyakan pilihan sokongan kepada pasukan AKA.
Bacaan seterusnya

8 Tips Tarik Perhatian Anak Lambat Bercakap untuk Berinteraksi
Nak anak seronok berinteraksi dengan kita? Saya kongsikan 8 tips daripada bersemuka dan guna sound effect, hingga menyertai minat serta meniru aksi anak.
