Panduan Aktiviti Bahasa di Rumah: 4 Perkara yang Parents Perlu Tengok
“Kalau saya nak ajar je, anak saya lari.” Saya kongsikan perkara kecil tentang ruang, kedudukan, mainan dan mood anak yang boleh mempengaruhi aktiviti di rumah.
Editorial AKA · Dikemas kini 10 November 2026 · 3 minit membaca
Dalam artikel ini

Tulisan asal: Aishah Kassim · Disunting semula untuk Pusat Ilmu pada 10 November 2026.
“Bagaimana nak buat terapi di rumah?”
“Kalau saya nak ajar je, anak saya lari.”
“Saya ajar anak saya tapi anak saya merengek.”
Itulah antara respons atau komen ibu bapa apabila saya minta mereka praktis di rumah teknik yang telah diajar. Anak-anak banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Jadi, aktiviti harian di rumah memang memberi peluang untuk kita berinteraksi dan menggunakan panduan ahli terapi. Namun, kadang-kadang perkara kecil dalam persekitaran boleh mempengaruhi keselesaan dan tumpuan anak.
Antara perkara yang parents boleh tengok sebelum memulakan aktiviti bahasa dan bermain di rumah ialah:
1. Kedudukan meja, kerusi dan tempat bermain
Pilih persekitaran yang selamat, selesa dan kurang gangguan. Contohnya, jika menggunakan meja dan kerusi, letakkan di tempat yang sesuai. Bukan betul-betul di depan TV yang sedang terpasang! Kalau bermain di lantai pun boleh. Tak perlu tunggu ada bilik terapi yang lengkap untuk mula berinteraksi dengan anak.
2. Kedudukan ibu bapa dan anak
Kedudukan kita pun memainkan peranan. Anda boleh duduk berhadapan atau di sisi anak, mengikut permainan dan keselesaannya. Cuba berada pada eye level, iaitu paras yang memudahkan anak melihat wajah dan tangan kita. Jika anak duduk di kerusi kecil, kita mungkin boleh duduk di lantai atau merendahkan badan. Kalau anak suka bergerak, pilih permainan yang membenarkannya bergerak dan sertai dia dalam ruang yang selamat. Anak tidak perlu dihalang daripada beredar untuk menyertai aktiviti.
3. Pilih mainan yang hendak digunakan
Seterusnya, pilih mainan yang hendak digunakan. Tak perlu keluarkan semua sekali gus. Mulakan dengan satu atau dua pilihan dan simpan yang lain jika terlalu banyak barang mengganggu tumpuan. Letakkan telefon kita ke tepi, kurangkan bunyi TV dan ikut minat anak pada permainan yang dipilih. Kalau anak lapar atau dahaga, penuhi keperluan itu dahulu.
4. Mood anak
Hal yang paling penting: MOOD ANAK! Pastikan anak tidak terlalu lapar, penat atau mengantuk. Kita sendiri pun susah nak belajar bila tak selesa, kan? Inikan pula kanak-kanak. Jika dia merengek atau menjauh, perhatikan sebabnya dan beri ruang untuk berehat. Cuba semula pada waktu yang lebih sesuai.
Mulakan dengan aktiviti yang anak suka dan sesuaikan dengan panduan ahli terapi yang mengenali keperluannya. Aktiviti di rumah melengkapi sokongan profesional. Selamat mencuba!
Bacaan berkaitan
8 Tips Tarik Perhatian Anak Lambat Bercakap untuk Berinteraksi
Cara Mengajar Kosa Kata kepada Anak: Faham Dulu, Kemudian Guna
Sumber tulisan dan rujukan
Artikel asal: Panduan Membuat Terapi Di Rumah, tulisan Aishah Kassim.
Rujukan tambahan: ASHA: mengenali kebimbangan pertuturan, bahasa dan pendengaran.
Perkongsian ini untuk pendidikan umum. Untuk kebimbangan khusus tentang perkembangan anak, dapatkan penilaian profesional.
Sumber asal: Aishah Kassim.
PROMOSI AKA
Perlu panduan untuk situasi anak anda?
Kongsi perkara yang anda perhatikan dan tanyakan pilihan sokongan kepada pasukan AKA.
Bacaan seterusnya

Aktiviti Fizikal Kanak-kanak: Jom Bergerak dan Bermain Bersama
Macam mana nak ajak anak lebih aktif? Kenali aktiviti berstruktur dan permainan bebas, dengan contoh yang boleh disesuaikan di rumah atau di luar.
