Pusat Ilmu / Perkembangan Anak
Aktiviti Fizikal Kanak-kanak: Jom Bergerak dan Bermain Bersama
Macam mana nak ajak anak lebih aktif? Kenali aktiviti berstruktur dan permainan bebas, dengan contoh yang boleh disesuaikan di rumah atau di luar.
Editorial AKA · Dikemas kini 10 November 2026 · 3 minit membaca
Dalam artikel ini
- Apa Itu Aktiviti Fizikal?
- Aktiviti fizikal berstruktur
- Aktiviti fizikal tidak berstruktur
- Panduan Dalam Melakukan Aktiviti Fizikal Untuk Kanak-kanak.
- Prinsip 1: Beri peluang bergerak setiap hari
- Prinsip 2: Sesuaikan aktiviti dengan umur dan kebolehan
- Prinsip 3: Pelbagaikan pergerakan
- Prinsip 4: Selang-selikan waktu duduk dengan peluang bergerak
- Kepentingan Aktiviti Fizikal Buat Kanak-kanak
- Bacaan berkaitan

Tulisan asal: Amalina Izati · Disunting semula untuk Pusat Ilmu pada 10 November 2026.
Bila sebut aktiviti fizikal, mungkin parents terbayang kelas sukan atau pergi ke taman. Sebenarnya, banyak peluang bergerak yang boleh dimulakan dalam rutin harian. Berguling, menari, bermain bola atau membantu mengemas pun boleh menjadi sebahagian daripada aktiviti anak, mengikut umur dan kebolehannya.
Sebagai ibu bapa, penjaga dan guru, kita boleh mengajak anak bergerak serta bermain bersama. Jom tengok jenis aktiviti dan perkara yang perlu diambil kira supaya anak dapat menyertai dengan selesa dan selamat.
Apa Itu Aktiviti Fizikal?
Aktiviti fizikal bermaksud sebarang pergerakan badan yang dihasilkan oleh otot dan membawa kepada pengeluaran tenaga. Melakukan aktiviti fizikal dan pemakanan yang sihat dapat mengekalkan kesihatan yang baik untuk bayi dan kanak-kanak. Bagi bayi dan kanak-kanak, aktiviti fizikal boleh di bahagikan kepada dua kategori iaitu aktiviti fizikal berstruktur dan tidak berstruktur.
Aktiviti fizikal berstruktur
aktiviti yang dirancang dan disusun oleh ibu bapa/penjaga/guru
mempunyai objektif tersendiri tetapi tiada unsur pertandingan (menang atau kalah)
contoh aktiviti yang boleh di lakukan :
permainan dalam kumpulan: baling bola, ‘musical game’, menari
aktiviti laluan mudah: berjalan mengikut tanda di lantai atau merangkak melalui ruang yang selamat, dengan pengawasan orang dewasa
Aktiviti fizikal tidak berstruktur
aktiviti bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak dalam meneroka persekitaran mereka
bermain menggunakan imaginasi dan idea mereka sendiri
contoh aktiviti: bermain basikal, bermain di padang permainan, berlari
Panduan Dalam Melakukan Aktiviti Fizikal Untuk Kanak-kanak.
Prinsip 1: Beri peluang bergerak setiap hari
Ajak anak menyertai aktiviti yang sesuai dengan kebolehannya. Di rumah, contohnya, anak boleh membantu memasukkan mainan ke dalam bakul atau berjalan bersama ke ruang lain. Waktu ini juga boleh menjadi peluang kita berkomunikasi: “Ambil bola”, “Letak dalam bakul” atau “Jom jalan sama-sama”.
Prinsip 2: Sesuaikan aktiviti dengan umur dan kebolehan
Keperluan aktiviti fizikal berbeza mengikut peringkat umur. Bayi, kanak-kanak bawah lima tahun dan kanak-kanak usia sekolah mempunyai panduan yang berbeza. Pilih peluang bergerak sepanjang hari dan rujuk panduan mengikut usia. Jika anak mempunyai keadaan kesihatan atau keperluan pergerakan tertentu, dapatkan panduan profesional yang mengenalinya.
Prinsip 3: Pelbagaikan pergerakan
Gunakan permainan yang melibatkan pergerakan berbeza, mengikut kebolehan anak. Contohnya, menggulingkan bola, berjalan mengikut laluan yang selamat, mencapai mainan atau menari bersama. Perhatikan ruang, permukaan lantai dan keselesaan anak. Beri bantuan atau ubah aktiviti apabila diperlukan.
Prinsip 4: Selang-selikan waktu duduk dengan peluang bergerak
Jika anak lama duduk menonton atau bermain di satu tempat, ajak dia menukar aktiviti. Contohnya, berhenti untuk bergerak mengikut lagu atau berjalan bersama. Jadikan peralihan itu sesuatu yang menyeronokkan dan sesuai dengan rutin keluarga.
Kepentingan Aktiviti Fizikal Buat Kanak-kanak
Untuk perkembangan dan pertumbuhan diri dengan baik
Aktiviti fizikal bersama pemakanan yang sihat dapat menjaga kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup mereka
Menyokong perkembangan motor, koordinasi dan pergerakan (kaki dan tangan)
Membentuk keyakinan diri dan membantu kanak-kanak untuk bersosial bersama rakan-rakan terutama aktiviti berstruktur (contoh : aktiviti berkumpulan)
Anak mendapat peluang bergerak, mencuba dan berinteraksi apabila kita menyediakan permainan yang sesuai. Kita pun boleh turut serta, kan? Mulakan dengan satu aktiviti yang anak suka, pantau keselamatannya dan beri ruang untuk berehat. Rujuk panduan aktiviti fizikal mengikut usia untuk keperluan yang lebih khusus.
Bacaan berkaitan
Panduan Aktiviti Bahasa di Rumah: 4 Perkara yang Parents Perlu Tengok
Anak Bercakap Tapi Tak Berkomunikasi… Apa Nak Buat?
Sumber tulisan dan rujukan
Artikel asal: Panduan Aktiviti Fizikal Untuk Kanak-kanak, tulisan Amalina Izati.
Rujukan tambahan: WHO: aktiviti fizikal dan panduan mengikut peringkat umur.
Perkongsian ini untuk pendidikan umum. Untuk kebimbangan khusus tentang perkembangan anak, dapatkan penilaian profesional.
Sumber asal: Amalina Izati.
PROMOSI AKA
Perlu panduan untuk situasi anak anda?
Kongsi perkara yang anda perhatikan dan tanyakan pilihan sokongan kepada pasukan AKA.
Bacaan seterusnya

Anak Bercakap Tapi Tak Berkomunikasi… Apa Nak Buat?
Anak pandai sebut nama objek, tetapi susah nak meminta atau berbual? Mari saya terangkan bagaimana aktiviti mengambil giliran boleh membuka ruang komunikasi dua hala.
