PROGRAM AKA
Playgroup Therapy
Belajar melalui permainan.
Ruang bermain. Peluang berinteraksi.
Tanya Tentang Playgroup →
TENTANG PLAYGROUP THERAPY
Sesi berkumpulan untuk perkembangan anak.
Playgroup Therapy ialah program berkumpulan yang dijalankan pada hujung minggu untuk membantu perkembangan anak melalui aktiviti yang terarah. Ibu bapa turut dibimbing dengan teknik yang sesuai supaya kemahiran yang dipelajari dapat diteruskan dan dipraktikkan di rumah.
Tanya tentang Playgroup →HASIL PROGRAM
80%
↗ibu bapa setuju anak menunjukkan progress selepas sertai Playgroup Therapy.
FOKUS PENGAJARAN
Belajar melalui permainan,
bersama rakan.
Aktiviti bermain memberi ruang untuk anak berkomunikasi, berkongsi dan membiasakan diri dengan rutin kumpulan.
Bermain bersama
Mengenali permainan, berkongsi ruang dan menyertai aktiviti bersama.
Komunikasi
Menyatakan pilihan serta meminta bantuan ketika bermain.
Giliran & interaksi
Mendapat peluang mengambil giliran dan berinteraksi bersama rakan.
Rutin berkumpulan
Mengenali arahan mudah dan peralihan antara aktiviti.
AKTIVITI BERSAMA ANAK
Ruang bermain yang mengajak anak berinteraksi.
Foto menunjukkan suasana aktiviti dan fasiliti di cawangan AKA. Pelaksanaan sesi mengikut keperluan setiap anak.
Aktiviti berkumpulan
Aktiviti kanak-kanak di AKA Bangi.
Bersama rakan
Aktiviti berkumpulan di AKA Shah Alam.
Bimbingan pendidik
Aktiviti bersama pendidik di AKA Kajang.
SOALAN LAZIM TENTANG PLAYGROUP INTERVENSI
Soalan lazim tentang Playgroup.
Jawapan ringkas untuk soalan yang sering ditanya oleh ibu bapa.
Adakah Playgroup sesuai untuk anak saya?
Bincangkan pengalaman anak dalam kumpulan, minatnya dan sokongan yang diperlukan bersama pasukan AKA. Kesesuaian dilihat berdasarkan keperluan individu, bukan umur semata-mata.
Apakah aspek yang diberi perhatian?
Perbincangan boleh meliputi kemahiran bermain, komunikasi, giliran, interaksi dan penyertaan dalam rutin berkumpulan. Aktiviti sebenar disesuaikan mengikut keperluan anak.
Bagaimana mendapatkan jadual dan yuran?
Hubungi pasukan AKA untuk menyemak cawangan, jadual, ketersediaan serta butiran sesi sebelum membuat keputusan.
Bincang keperluan anak bersama kami.
Kongsi pemerhatian tentang anak. Pasukan AKA boleh membantu menerangkan pilihan sokongan yang tersedia.