Apraxia Pada Kanak-kanak

Apraxia Pada Kanak-kanak

Situasi: Anak faham semua apa yang kita cakapkan, tapi susah sangat nak sebut. Anak pelat sangat. Minta anak tiru, tapi tak boleh tiru. Kita sebut lain, anak sebut lain. Anak sebut kadang-kadang betul, kadang-kadang salah. APA ITU APRAXIA PADA KANAK-KANAK Apraxia merujuk kepada masalah pada pertuturan pada kanak-kanak yang mana ia melibatkan masalah pada sistem saraf. Tapi perlu diingat di sini bahawa, masalah ini tidak dapat dilihat oleh pakar neurologi atau melalui scan dan ianya…

Read More

Menyambung Perkataan : Langkah Besar Dalam Perkembangan Bahasa

Menyambung Perkataan : Langkah Besar Dalam Perkembangan Bahasa

Kanak-kanak biasanya menyebut perkataan pertama pada usia 1 tahun ke 1 tahun 3 bulan. Kita semestinya sangat teruja dan mula mencatat apa yang disebut oleh kanak-kanak. Tetapi ada kemahiran yang kurang menjadi tumpuan kita untuk dipantau adalah kebolehan kanak-kanak untuk menggabungkan perkataan dan membuat ayat. Selepas menyebut perkataan, kanak-kanak akan menggabungkan 2 perkataan untuk menceritakan tentang 2 idea seperti “Mama susu” – menunjukkan kanak-kanak meminta susu dari ibunya. Apabila kanak-kanak berkembang, mereka seterusnya akan menyambung…

Read More

Anak Tiba-tiba Berhenti Bercakap?

Anak Tiba-tiba Berhenti Bercakap?

Fenomena anak yang sudah mula bercakap tetapi tiba-tiba sahaja hilang makin menjadi-jadi dan ia bukanlah petanda yang baik bagi perkembangan kanak-kanak. Kebiasaan kanak-kanak mengalami masalah ini adalah di antara usia 2 – 3 tahun. Mengapa ini terjadi?? Berhenti bercakap secara tiba-tiba biasanya dikaitkan dengan salah satu ciri-ciri autism yang mana perkembangan kanak-kanak tiba-tiba merosot tanpa diketahui sebabnya. Namun begitu ada juga kanak-kanak yang bukan autistik juga mengalami masalah ini.. Ia mungkin juga disebabkan oleh Masalah pendengaran disebabkan…

Read More

Pragmatik: Menggunakan Bahasa Dengan Betul

Boleh bercakap merupakan satu kemahiran, manakala kebolehan untuk bercakap pada situasi yang betul dengan bahasa yang betul merupakan satu kemahiran yang lain. Bukan sahaja kanak-kanak, ada kalanya orang dewasa juga mempunyai masalah untuk menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai dengan situasi sosial. Masalah pragmatik pada kanak-kanak biasanya terjadi disebabkan oleh masalah pada perkembangan bahasa mereka seperti kekurangan kosa kata dan juga masalah pada tatabahasa Kemahiran pragmatik melibatkan 3 kemahiran komunikasi yang utama iaitu Menggunakan bahasa untuk…

Read More

Bertanya & Menjawab Soalan

Bertanya & Menjawab Soalan

Kanak-kanak dengan masalah bahasa dan pertuturan biasanya mempunyai masalah untuk bertanya dan menjawab soalan. Kemahiran bertanya dan menjawab soalan merupakan kemahiran yang sukar kerana ia memerlukan kanak-kanak memahahami dan memproses soalan yang ditanya, membentuk jawapan dan menjawab soalan tersebut. Perkembangan bagi setiap jenis soalan adalah berbeza mengikut umur anak. Anda boleh cuba bertanya soalan pada anak anda bermula dengan soalan yang lebih mudah dan kemudian yang lebih sukar berdasarkan kepada perkembangan normal untuk melihat kebolehan…

Read More

Anak Tak Respon Pada Nama: Nak Buat Apa?

Bila panggil nama anak, anak tak respon atau berpaling. Risau, bukan? Kanak-kanak yang mempunyai kelewatan dalam perkembangan contohnya seperti autism, kebanyakannya tidak memberikan respon kepada nama secara konsisten. Ini menyukarkan kita untuk menarik perhatian mereka dan akan menyukarkan mereka untuk bersosial kerana mereka kurang sedar yang ada orang lain sedang bercakap dengan mereka. Tapi perlu diingat bahawa kanak-kanak yang tidak memberikan respon pada nama tidak semestinya mempunyai autism. Bagaimana mengajar anak untuk memberikan respon pada…

Read More

Anak Bercakap Tapi Tak Berkomunikasi… Apa Nak Buat?

Anak Bercakap Tapi Tak Berkomunikasi… Apa Nak Buat?

Situasi: Anak pandai sebut nama objek tetapi tak pandai mintak, tak pandai tanya dan jawab soalan, tak pandai ikut arahan dan macam-macam lagi. Kenapa ini terjadi? Ini adalah kerana, bertanya dan menjawab soalan, meminta, berbual dan mengikut arahan, semua itu adalah merupakan komunikasi 2 hala. Menamakan objek dan berkomunikasi adalah dua kemahiran yang berbeza. Mari saya terangkan bagaimana. Sama ada kita sedar atau tidak, apabila kita berkomunikasi contohnya seperti ketika berbual, kita sebenarnya sedang mengambil giliran…

Read More

Anak Tak Fokus…. Macam mana ni?

Anak Tak Fokus…. Macam mana ni?

“Buat keje sikit dah lari” “Duduk kejap je dah bangun” “Kita pergi dekat je dia lari” “Dia tak nak main dengan saya” “Panggil nama pun tak respon, panggil banyak kali baru pusing” “Anak saya kalau tengok tv dia fokus lama” Macam-macam masalah biasa saya dengar dari ibu bapa. Sebenarnya kebanyakan kanak-kanak yang lambat bercakap memang mempunyai masalah untuk fokus atau memberi tumpuan pada aktiviti, komunikasi atau apa sahaja yang dilakukan. Fokus atau daya tumpuan merupakan…

Read More

Kenapa Kanak-kanak Cakap "Jerman"

Kenapa Kanak-kanak Cakap "Jerman"

Apa sebenarnya cakap “Jerman”? Sebelum saya menerangkan kenapa kanak-kanak menghasilkan bahasa ‘jerman’ atau secara istilahnya dikenali sebagai JARGON, kita perlu tahu apakah kemahiran yang menyebabkan kanak-kanak melakukannya terlebih dahulu. Untuk kanak-kanak belajar bercakap, banyak kemahiran yang perlu mereka pelajari. Salah satunya adalah kemahiran kefahaman apa yang disebut oleh orang dewasa dan meniru sebutan orang dewasa. Kemahiran meniru ada 2 iaitu meniru AKSI dan meniru sebutan VERBAL. Sebagai contoh: Meniru Aksi Kemahiran yang perlu kanak-kanak pelajari…

Read More

Mengajar Anak Pelat

Mengajar Anak Pelat

Anak makin meningkat usia, tetapi pertuturannya masih sukar difahami. Sebutan masih banyak yang salah. Rungsing kan apabila memikirkan keadaan anak bila dah masuk sekolah. Nanti kawan ejek, anak malu dan kurang keyakinan diri macam mana? Sebenarnya, sama ada kita perasan atau tidak, ramai kanak-kanak yang mempunyai masalah pelat. Orang dewasa pun ada juga yang mengalaminya seperti masalah nak sebut huruf /k/, /r/ dan lain-lain. Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya, begitu juga dengan pelat, ada rawatan-rawatan…

Read More
1 2 3 4 9