5 Rutin Semasa Makan Ini Boleh Tingkatkan Kemahiran Anak Anda

Ibu bapa yang mempunyai anak autism/hyperaktif/kurang fokus mesti mempunyai masalah ketika makan disebabkan perlakuan mereka yang tidak terkawal. Mungkin ada ibu yang stress anak berlari bila di ajak makan dan mungkin juga ada ibu yang pening kerana kehabisan idea memujuk anak untuk makan. Akhirnya ibu mengalah dan biarkan anak bermain sendirian tanpa makan bersama keluarga. Ada juga ibu yang menggunakan kekerasan dan memaksa anak sehingga waktu makan bertukar menjadi sesuatu yang menakutkan.
Daripada memaksa anak untuk makan, ibu bapa boleh menjadikan waktu makan sebagai medium untuk mengajar pelbagai kemahiran buat anak-anak ini. Penglibatan anak semasa persiapan di meja makan dapat menarik minat mereka dan boleh dijadikan rutin yang perlu mereka lakukan setiap kali makan.

Apakah rutin meja makan dan kemahiran yang boleh di ajar buat anak-anak ini? Bagaimanakah caranya untuk melibatkan mereka dalam keadaan yang masih tidak faham arahan dan masih berlari-lari? Penerangan di bawah adalah tips rutin di meja makan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa.   

1. Basuh tangan sebelum makan 

Ibu bapa boleh memberi arahan kepada anak untuk basuh tangan. Namun bagi anak yang belum ada kemahiran mendengar arahan, ibu bapa boleh membawa anak ke sinki dan menunjukkan cara membasuh tangan yang betul. Bagi anak yang belum boleh bercakap, situasi ini merupakan peluang keemasan untuk anda selitkan input bahasa sambil mengajar cara membasuh tangan. Sebagai contoh, “jom basuh tangan” , “gosok”, “sabun”, “tekan sabun”, “bukak paip”, “tutup paip”.

2. Minta anak angkat makanan mereka ke atas meja

Para ibu boleh menyediakan makanan anak terus ke dalam pinggan, jadi mudah untuk anak angkat makanan mereka. Dengan cara ini boleh menarik minat mereka untuk makan dan ajar bahawa mereka perlu makan sekali bersama keluarga. Jika di tadika/taska, para guru boleh memberi arahan kepada anak murid untuk membuka beg dan mengambil makanan yang dibekalkan oleh ibu bapa mereka. Perkara ini dapat mengajar kemahiran untuk mendengar dan faham arahan.

3. Ajak anak baca doa bersama sama

Bagi anak yang boleh bercakap ibu bapa boleh meminta mereka untuk membaca doa agar dapat meningkatkan tahap keyakinan anak dan berani untuk bersuara. Bagi anak yang belum boleh bercakap atau anak yang masih berlari-lari, ibu bapa perlu memegang mereka dan ajar untuk menadah tangan. Perbuatan ini penting untuk mengajar anak kemahiran meniru aksi.

4. Ajar adab ketika makan

Agak sukar untuk jelaskan makna adab ketika makan kepada anak-anak autism dan anak yang kurang fokus, namun tidak bermakna ibu bapa tidak perlu mengajar mereka. Ibu bapa boleh memastikan anak makan dengan elok (makan menggunakan tangan kanan, ajar menggunakan sudu), tidak berlari-lari sambil makan, duduk di meja walaupun mereka tidak mahu makan. Ibu bapa boleh melakukan semua ini dengan cara memegang mereka dan ajar satu persatu. Untuk permulaan ianya mungkin tidak akan nampak hasil namun apabila sudah menjadi rutin, anak ini akan faham dan mendengar arahan dengan baik.
Buat guru di tadika/taska, anda boleh lakukan perkara yang sama dan ajar anak murid untuk kemahiran meminta. Sebagai contoh jika mereka mahukan makanan daripada kawan yang lain, ajar mereka untuk meminta dengan cara menghulur tangan dan menyebut ‘nak’ atau tunjuk kepada makanan tersebut.

5. Ajar adab selepas makan

Selepas makan, ibu bapa boleh meminta anak untuk angkat pinggan dan cawan sendiri ke sinki dan buat anak yang sudah faham arahan boleh mengajak mereka untuk membasuh peralatan makanan yang kecil seperti sudu dan garfu. Selain itu, ibu bapa boleh memegang anak dan mengajak mereka untuk lap dan kemas meja bersama-sama. Sekiranya ada sampah kecil minta anak untuk kutip dan buang manakala bagi anak yang masih tidak faham arahan, ibu bapa perlu menunjuk cara membuang sampah dan tempat membuang sampah yang agar mereka faham apa yang perlu dilakukan.

Waktu makan nampak biasa dan singkat bukan?

Namun, pelbagai kemahiran boleh diajar berbanding memarahi dan memaksa anak untuk makan. Jangan risau dengan keadaan anak anda yang masih kekurangan banyak kemahiran kerana ianya boleh diajar dan dilatih setiap hari. Ibu bapa hanya perlu korbankan sedikit masa untuk meluangkan masa bersama anak. Pegang anak, tunjuk dan lakukan cara yang betul serta memasukkan input bahasa yang bersesuaian ketika di meja makan akan dapat membantu perkembangan bahasa dan tingkahlaku anak.

mm

About Amalina Izati

“Lost opportunities, lost possibilities, feelings we can never get back. That’s part of what it means to be alive. But inside our heads – at least that’s where I imagine it – there’s a little room where we store those memories. A room like the stacks in this library. And to understand the workings of our own heart we have to keep on making new reference cards. We have to dust things off every once in awhile, let in fresh air, change the water in the flower vases. In other words, you’ll live forever in your own private library.” – Haruki Murakami, Kafka on the Shore

COMMENTS

  • <cite class="fn">Maslina Bt Abang Monir</cite>

    Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 5thn dan di dignosis Mild ADHD sejak mula memasuki Pra Sekolah..ada ketika masa makan agak sukar utk duduk diam,dan biasanya saya akan membuka youtube utk tontonan anak smbil mkn.Tp,mgkin juga kerana hyperaktif anak juga mudah bosan saya smkin sukar mgawal keadaan.Adakah utk anak2 yg mpnyai ADHD mpnyai menu pemakanan trtentu utk mngurangkan tenaga yg x trkawal?

Leave a Comment